Famili

Jangan Lupa Tonton ‘Seindah Kasih The Movie’ Di Aplikasi Tonton Secara Percuma Hingga 30 April Ini!

18
SHARES
Seindah Kasih The Movie

Pada 12 April lalu, filem ‘Seindah Kasih The Movie’ telah menemui penonton yang ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton sempena Ramadan Raya 2023.

Ia bertepatan dengan kempen yang sedang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB) iaitu Seindah Kasih yang dilancarkan pada 12 Mac lalu.

Baca juga: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Pantai Timur, Santuni Masyarakat Yang Memerlukan!

SEINDAH KASIH THE MOVIE

Seindah Kasih The Movie

Filem bergenre komedi romantik ini dilakonkan oleh barisan pelakon popular tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Siti Saleha dan Shasha Abedul.

Syafiq Kyle ketika ditemui penulis di studio Melodi berkata, feedback yang diterima dari peminatnya mengenai filem ini amat positif. Hal ini kerana, ia merupakan filem yang tidak terlalu ringan mahupun berat untuk ditonton seisi keluarga.

Malah, ia juga mengetengahkan jalan cerita mengenai para pengamal media yang begitu dekat dengan masyarakat.

“Mereka suka tengok cerita ini, tak heavy sangat tak ringan sangat. Ia macam feel good movie yang macam kita boleh tengok every new year yang boleh relate dengan hidup kita sendiri. Dan banyak juga yang cakap cerita ini kelakar bila part Anas dan Luqman Hafidz,” ujar Syafiq kepada penulis.

KISAH 6 PENGAMAL MEDIA DI MPB YANG BERBEZA BIDANG KERJA

Filem terbabit mengisahkan kehidupan enam pengamal media MPB daripada bidang kerja berbeza yang mencari jalan untuk mengharungi cabaran, kesibukan dan kemelut yang mereka hadapi ketika Ramadan serta menjelang Aidilfitri.

Seindah Kasih The Movie

Pada masa yang sama, Siti Saleha ketika diwawancara berkata mengenai harapannya kepada penonton. Di mana, dia berharap para penonton terutama peminatnya untuk menyaksikan filem ini di aplikasi Tonton. Selain, sebagai tanda menyokong aplikasi digital ini.

“Harapan saya semoga para penonton menyaksikan filem ini di Tonton sebab Tonton is rebranding, right? Ramai yang bertanya kenapa tiada di televisyen kenapa online? Ini kerana untuk membawa penonton ke digital yang memang tengah ke arah sana (digital platform). And also to get more of the mass viewers TV3 to watch to Tonton, sebab itu dari telefilem ia jadi filem,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, pelakon Syafiq Kyle dan Siti Saleha telah hadir ke studio Melodi bagi mempromosikan filem Seindah Kasih The Movie.

Seindah Kasih The Movie yang dikategorikan Filem Tonton Original, diarah pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikannya di aplikasi Tonton secara percuma sehingga 30 April ini.

TRAILER:

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×