Rakyat

Dilahirkan Kembar Siam Tapi Miliki 4 Kaki, 4 Tangan & 2 Kepala. Ajaib!

11
SHARES

Pakar perubatan di New Delhi terkejut apabila seorang wanita berjaya melahirkan sepasang bayi kembar siam yang mempunyai empat tangan, empat kaki dan dua kepala, namun melekat pada badan yang sama.

Ibu mereka, Jitendra Nayak, 23, dikejarkan ke hospital pada 6 Oktober selepas mengalami kesakitan dan dimasukkan ke kecemasan untuk prosedur kelahiran.

Baca juga: Bayi Usia 3 Bulan Maut Dipukul Bapa Kerana Enggan Minum Susu

DILAHIRKAN KEMBAR SIAM TAPI MILIKI 4 KAKI, 4 TANGAN & 2 KEPALA. AJAIB!

Walaupun imbasan yang dijalankan sebelum bersalin sudah mendedahkan keadaan tidak normal dua bayi itu, doktor masih terkejut dengan kelahiran mereka.

Menerusi video klip tular di media sosial, kedua-dua bayi itu kelihatan tidur nyenyak tetapi agak sedikit sukar untuk bernafas kerana dada tunggal mereka bergerak masuk dan keluar pada kadar yang berbeza.

Menurut laporan Mirror UK, bayi kembar siam itu dilahirkan di sebuah hospital swasta terletak di bandar Merta, daerah Nagaur. Bayi tersebut dilaporkan sihat tetapi kes yang jarang berlaku seperti ini biasanya mempunyai jangka hayat yang rendah.

Sekadar gambar hiasan

Untuk mengelak daripada bertembung antara satu sama lain, kedua-dua kepala mereka condong sedikit ke belakang walaupun badan bercantum.

Bayi kembar siam itu dibawa ke hospital Jodhpur AIIMS (Institut Sains Perubatan Semua India) untuk rawatan lanjut dan akan menjalani pelbagai jenis ujian termasuk imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Selepas ujian tersebut selesai dan keputusan diketahui, mereka akan menentukan sama ada badan kembar itu boleh dipisahkan menerusi kaedah pembedahan.

Sumber: Mirror UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×