Kini Trending

Bayi Usia 3 Bulan Maut Dipukul Bapa Kerana Enggan Minum Susu

168
SHARES

Di Alor Setar, seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia gara-gara dipukul bapa kandungnya sendiri dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, bayi tersebut ditemui ketika anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu rumah suspek berusia 28 tahun.

Baca juga: Isteri Mengamuk Tampar Suami Tengah Seronok Karok Dengan Wanita Lain Atas Pentas

BAYI USIA 3 BULAN MAUT DIPUKUL BAPA KERANA ENGGAN MINUM SUSU

Serbuan dilakukan pada pukul 2.50 petang itu mendapati suspek dalam keadaan khayal dan hasil ujian air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat polis, suspek mengaku memukul bayinya kerana enggan minum susu dan menangis tanpa henti,” ujarnya.

Mayat bayi dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala akibat hentakan.

Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×