Rakyat

Demi Jaga Hati Anak, Si Nenek Gagahkan Diri Jaga Cucu Walaupun Sakit

792
SHARES

Orang tua mana yang tidak seronok bila dapat menjaga cucu, darah dagingnya sendiri. Namun, atas faktor kesihatan kadang-kala perkara itu memberikan kesan dan membataskan niat mereka.

Anak dan menantu pula, janganlah butakan mata dan pekakkan telinga bila nampak orang tua anda tidak sihat. Menzalimi namanya tu, jangan hambakan mereka demi kepentingan masing-masing.

Perkongsian cerita dari saudara Yazeed Hair Johari ini, wajar dijadikan sebagai iktibar. Kisah pengorbanan seorang makcik, demi menjaga hati anak dia gagahkan diri menjaga cucunya walaupun terpaksa menjejaskan kesihatan diri.

Baca juga: Kerana Ditipu Scammer, Mangsa Hantar Santau-Scammer Terseksa & Mohon Maaf

EMAK KENA JAGA CUCU & HATI ANAK TAPI BADAN YANG MERANA

“MAKCIK ADA 3 SERANGKAI PENYAKIT & RADANG LUTUT GRADE 2-3…”

Aku terpanggil untuk menulis pasal mak yang dijadikan ‘babysitter’ dekat rumah tu sebab teringat dekat seorang makcik ni.

Umur dia lebih kurang 60an. Complete ada 3 serangkai iaitu diabetis , darah tinggi dan hypercholestrolemia. Di tambah pula lagi dengan follow up Knee Arthritis (Radang Lutut).

Makcik ni datang dengan Knee Arthritis Grade 2-3. Bermakna radang lutut dah hampir severe, tapak tulang rawan dah makin nipis dan luka.

Kalau diperiksa pun memang dah meletup-letup kepala lutut tu bila dibengkok dan diluruskan. Pegang dengan tangan dah boleh rasa.

ALASAN ANAK RISAU PENGASUH LUAR JAGA TAK ELOK & KOS MAHAL

Gambar hiasan: HelloDoktor.

Makcik tadi muka dah sayu. Rasa bersalah. Dulu masa check baru stage 2, sekarang dah stage 3.

Kalau boleh aku nak dia berehat dengan aktiviti santai. Knee pain bukan boleh buat main dia punya stress.

Ya, stress tu kita tak nampak. Knee pain ni bukan sekadar sakit di lutut, tapi kesakitan tu boleh menyebabkan pesakit jadi stress kerana limitation of movement, plus ketegangan otot yang terpaksa menampung tapak lutut yang semakin menipis.

So aku cadangkan makcik ni untuk pakai Knee Braces (knee guard) dan kurangkan penggunaan lutut. Jangan kerap mencangkung, jangan kerap ambil barang atas lantai dan sebagainya.

Dia ada cuba juga tapi knee braces tu kurang selesa. Tambahan lagi kena jaga cucu setiap hari, susah untuk dia berehat. Anak perempuan kerja, menantu pun kerja.

Alasannya takut pengasuh luar jaga tak elok dan kos penjagaan anak dekat nurseri pun mahal.

ANAK BAWA PERGI BERCUTI SEKALI, TAPI EMAK JAGA CUCU DALAM HOTEL

Gambar hiasan: DailyMail.

So aku pun terangkan dekat dia, Knee Arthritis ni dah macam tapak kasut. Kalau dah haus memang tak tumbuh lagi dah. Jadi aim kita nak pastikan baki tapak yang ada tu nak dijaga selagi boleh. Sekarang stage 3, kalau boleh taknak jadi stage 4.

“Susah la doktor. Makcik nak cakap banyak pun susah. Makcik tumpang rumah anak, suami dah lama meninggal. Makcik pernah cakap pasal sakit lutut ni tapi anak kata nanti makan ubat dah ok.

“Makcik cuba nak sampaikan yang makcik ni tengah sakit tapi anak mungkin tak faham. Kalau makcik berterus terang takut nanti mengguris hati anak. Jadi makcik memilih untuk teruskan.

“Siapa tak sayang cucu. Cucu pulak jenis manja dengan kita tapi tu lah, kadang-kadnag ubat 3 serangkai pun makan tak ikut waktu. Kalut nak siapkan cucu.

“Belum lagi kalau anak bawak makcik pergi bercuti sekali. Makcik kena jaga cucu dalam bilik hotel, anak keluar jalan-jalan dengan suami.”

WAHAI ANAK, KASIHANILAH EMAK & PEKA KESIHATAN ORANG TUA

Gambar hiasan: Gballgiggsphoto – Freepik.

Luahan macam ni bukan sekali sekala. Makcik-makcik yang datang hospital ni selalunya diorang luahkan perasaan diorang dekat doktor. Yelah nak luahkan dekat anak-anak takut terasa hati. Jadi diorang pilih channel lain lah untuk luahkan.

Kesian. Tapi nak buat macam mana kan. Aku ni hanya boleh bagi nasihat dan ubat je lah.

Selain dari tu pesakitlah yang kena bantu diri sendiri. Entah bilanya makcik tu nak dapat berehat. Cucu dah besar, baru nak dapat berehat.

Kejap lagi timbul lagi cucu baru pulak lagi.

Aku bukan apa, mak ni memang itulah dia. Kalau boleh dia nak jaga hati anak-anak dia. Kalau bapak lain sikit, diorang jenis sound direct.

Lebih-lebih lagi mak kita yang hidup single bila suami dah tak ada tapi menumpang dengan anak. Lagi kesian sebenarnya.

Kalau mak kita jaga cucu sekali sekala takpalah. Ini nak menghadap komitmen masa setiap hari kena menjaga tu, aku tak tau lah macam mana.

INGAT! REZEKI BOLEH DICARI, KEHADIRAN EMAK DALAM HIDUP KITA HANYA SEKALI

Sekadar berpesan-pesan. Isu ni bukan isu sensitif pun sebenarnya.

Tapi kita yang kena sensitif dengan keadaan mak kita. Kesihatan depa lagi. Nanti bila depa dah tak ada jangan menyesal di kemudian hari.

Apa yang kita buat ni kita rasa normal, kadang kita tak perasan yang kita layan mak kita macam tu. Cuba rewind balik, mesti boleh nampak.

Rezeki boleh dicari tapi hadirnya mak dalam hidup kita hanya sekali.

Kalau nak mak kita tengok cucu tu boleh, tapi letaklah pembantu sekali dekat rumah . Boleh tolong urus mak dengan cucu sekali.

Patutnya kita yang bawak mak pergi check up. Kita yang pastikan mak kita tu makan ubat ontime, kita yang pastikan makan minum dia terjaga. Bukan sebaliknya.

Aku tak terkejutlah kalau follow up lepas ni lutut dia jadi grade 4 dan penyakit 3 serangkai dia tu tak terkawal.

Semoga makcik tabah menjalani hidup makcik. Bukan aku nak mereka-reka cerita. Tak percaya korang tanya la doktor, misi-misi dekat ward tu.

Pesakit macam makcik ni selalu cerita masalah diorang dekat kami. Kami hanya boleh dengar je lah.

Sumber: Facebook Yazeed Hair Johari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×