Asuh

Dedahkan Anak Dengan ‘Messy Play’ Untuk Rangsang Deria Sentuhan Yang Kuat Sejak Kecil!

204
SHARES

Messy play dalam kalangan anak-anak yang makin membesar sebenarnya boleh dijadikan aktiviti wajib untuk mereka. Hal ini kerana aktiviti messy play seperti bermain pasir dan warna air ini sebenarnya dapat merangsang deria dan sensori sentuhan dalam kalangan mereka. Tetapi, ramai dalam kalangan ibubapa yang elak dari melakukan aktiviti ini bersama anak-anak kerana fikirkan mengenai kekotoran. Macam mana anak-anak nak explore dan belajar mengenai diri sendiri?

BAYI DAN MESSY PLAY

Dedahkan bayi dengan ‘messy play’ dan berikan banyak rangsangan terhadap deria sentuhannya (melalui kulit) sekerap yang boleh. ‘Perjalanan’ maklumat ke otak akan lebih bagus jika kulit banyak dirangsang,walaupun sejak baby lagi. Baby saya sudah berusia 6 bulan,dan saya mulakan aktiviti ‘messy play’ sejak usianya 6 bulan.

hatfieldccgroup.org.uk

Memang pada fasa ini,bayi suka memasukkan benda ke dalam mulut. Itu normal. Utk bagi benda masuk dlm mulutnya,bagilah soft toys yg bersih dan selamat. Lagipun memasukkan benda ke dalam mulut amat elok utk membantu otot mulut bersedia ke arah proses percakapan dan ianya perlu konsisten dijalankan,kalau boleh hari2 pun spend masa utk bagi. Semakin baby meningkat usianya,selari dengan usianya sesuai utk makan,baby sudah boleh membezakan benda apa yg boleh dimakan dan tidak boleh dimakan dan begitu juga dengan fungsi objek yg tidak boleh dimasukkan ke dalam mulut.

Begitu juga dgn kulitnya. Rangsangan harus diberikan secara konsisten tidak kisahlah kulit di bahagian tangan mahupun kaki.

Cuba lihat video baby saya yang sedang bermain shaving foam yg dicampur dengan kacang hijau. Baby saya masih di fasa memasukkan objek ke dalam mulut namun sudah boleh makan solid food. Pada fasa ini,saya mulakan dengan memberikannya bermain ‘messy play’ seperti ini dan saya pegang tangannya supaya tidak memasukkan shaving foam ini ke dalam mulutnya. Saat jarinya bersentuh dengan tekstur ini,baby saya sudah boleh menggerakkan jari jemarinya dan ini adalah satu proses yang bagus utk membentuk kemahiran motor halus yg membantu kemahiran menulis di kemudian hari!

Kakinya juga saya rangsang secara santai sahaja. Sambil menghirup udara segar di taman tasik,sambil saya berikan rangsangan sentuhan rumput dan tanah. Ini dilakukan secara santai sahaja. Saat kakinya menyentuh rumput,jari jemari kakinya mencengkam tanah dan boleh membantunya utk ‘grip’ permukaan apabila mula berjalan kelak.

KOTOR? JANGANLAH FIKIR MACAM TU!

Kotor? Jangan fikirkan demikian! Saya tidak pernah berikan pemikiran kotor terhadap perkara2 seperti ini namun anak ketiga saya,iaitu kakak kpd baby ini yg berusia 3 tahun pun boleh ada persepsi sedemikian yg mana kalau tidak dirawat dengan baik akan menjadikannya seorang yg obses dengan kebersihan!

http://www.leannahill.com/

Lihat pada video anak ketiga saya itu. Oleh kerana saya ibu yg sibuk,ada masanya saya terlupa memberikan ‘messy play’ yg kerap kepada anak ketiga saya ni. Masa anak pertama dan kedua dulu saya rajin sebab masa tu saya banyak kerja sebagai free lance. Jadinya anak pertama dan kedua tiada masalah. Cuma saya tahu anak ketiga saya memang ada isu Tactile Sensory Processing Disorder sejak baby.

Tapi disebabkan saya jarang bagi rangsangan secara konsisten,maka begitulah jadinya. Tapi saya bersyukur juga sebab dapat tunjuk inilah tingkah laku anak-anak yang saya jumpa apabila mereka tak boleh tolerate dengan benda2 kotor. Bukan anak autism je tau react macam ni! Ni anak tipikal saya ni! Anak tipikal saya yg boleh bercakap mcm biasa… boleh pegang pensil dan buat aktiviti2 hariannya dengan baik pun masih ada isu seperti ini.

Jangan pandang mudah. Sekarang anak saya akan ikuti kelas Early Intervention Program di centre saya secara konsisten. Nampak gaya hari2 la kena join aktiviti. Tak boleh ikut saya lagi dah buat kerja-kerja management. Apa pun jangan pandang remeh dengan isu geli ataupun kotor pada anak. Nak bentuk sistem ketahanan badan,kena juga dedahkan dengan benda2 yg dianggap kotor ni. Islam dah gariskan panduan mencuci najis kepada 3 peringkat. Ikut saja kalau terkena benda kotor.

http://wineworkoutswhippersnappers.com/

Lega boleh expose masalah yang biasa saya hadapi dengan anak-anak SPD kepada umum sebab anak sendiri pun ada jugak. Selamat mencuba!

Sumber : Liyana Raya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×