Nur

Dahi Jangan Berlapik Kain Telekung, Wanita Ini Kongsi Cara Sujud Yang Betul

53
SHARES

Bagi seorang Muslim, solat adalah perkara wajib dan normal dilakukan setiap hari. Solat juga adalah salah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan hanya menunaikan 5 waktu sehari. Selain itu, bukan sahaja solat 5 waktu yang harus semata dijaga, hal hal yang berkaitan solat ataupun tatatertib solat itu juga harus dijaga dan diberi penekanan. Ini semua harus dijaga agar solat yang didirikan itu sah dan setiap amalan yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT.

Perkara yang sering berlaku tanpa sengaja terutamanya bagi kaum wanita ialah ketika sujud dimana dahi akan berlapik dengan kain telekung. Benda ini nampak seperti biasa dan remeh, mungkin juga sesetengah orang menganggap ianya normal jika bertelekung kerana saiz telekung itu sendiri yang besar. Sehubungan dengan itu, perkongsian salah seorang pengguna laman Instagram, Aisyah Hijanah berkaitan perkara itu menyedarkan ramai wanita dalam hal tersebut.

Dahi Tidak Boleh Berlapik Dengan Telekung

Menurut Aisyah, dahi boleh berlapik hanya dengan sesuatu yang diletak atau dialas sebelum mendirikan solat seperti sejadah kecil yang tidak bersambung dengan pakaian ketika solat. Dan seandainya kain telekung terbang menutup tempat sujud, kita boleh tarik sedikit kain telekung itu supaya ianya tidak berlapik. Jika tangan yang berlapik tidak apa.

Aisyah juga berkongsi cara sujud yang betul bagi kaum wanita melalui video yang dikongsinya di Instagramnya.

Cara Sujud Wanita

Ramai juga yg DM Aisyah minta tunjukkan cara. So sini Aisyah share sikit, tapi kalau apa yg Aisyah share ni salah, korang boleh share ilmu dekat bawah juga okay

1. Dahi tak boleh berlapik dgn apa-apa pakaian yang kita bawa bersama dlm solat. Contohnya telekung, tudung, ridha (yg kita letak dekat bahu drpd awal solat), kopiah, songkok, serban, purdah, niqab. Senang cerita, pakaian yg melekat kita masa solat

2. Tetapi, kalau sebelum solat, kita buka purdah kita, then kita letak dekat tempat sujud, ataupun kita guna sejadah, kain putih mcm nenek-nenek selalu buat, ridha yg kita mmg letak dekat tempat sujud sebelum solat, maka boleh kalau dahi kita sujud di atasnya. Ingat, apa-apa yang tak bersambung/melekat pd pakaian yg kita pakai dlm solat, itu boleh.

3. Tapak tangan? Tapak tangan kalau berlapik, tak apa. Yang pentingnya adalah dahi. Dahi tak boleh ada halangan daripada tempat sujud. Tapak tangan kalau terlapik dengan telekung tak apa

4. Kalau telekung terbang sbb angin kuat sangat, tarik telekung tu supaya tak menghalang dahi daripada kena tempat sujud

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Sumber : Aisyah Hijanah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×