Inspirasi

‘Dah Tertulis Rezeki Makcik’-Tersentuh Lihat Anggota RELA Bekerja, Pemuda Kongsi Rezeki Duit Raya

1.2K
SHARES

Tidak semua berpeluang meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang di rumah. Semua ini kerana atas dasar kerja dan tanggungjawab mereka. Ini sering terjadi kepada mereka yang bertugas dalam badan beruniform dimana mereka perlu bekerja demi mencari rezeki buat menampung keluarga.

Berkongsi rezeki yang ada adalah satu amalan mulia bagi setiap orang. Tidak ketinggalan bagi seorang pengguna laman Instagram, Chong Ed dimana dia berkongsi satu video di mana dia sedang menghulurkan duit raya kepada seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bekerja di Hari Raya Aidilfitri.

Raya Pertama Pun Makcik Kerja

Seorang anggota RELA yang sedang mengawal sebuah bangunan pada hari raya pertama lalu menarik perhatian Chong Ed untuk menghulurkan duit raya kepada anggota tersebut. Ianya berlaku ketika pemuda tersebut selesai mengambil gambar raya di Dataran Merdeka. Dia yang terpandang makcik RELA tersebut sedang duduk di tepi bangunan terdetik ingin menghulur duit raya kepada makcik tersebut.

Raya pertama pun makcik keja

pagi semalam singgah maybank cucuk duit raya sikit. Selepas settle ootd raya kat dataran merdeka. bila masuk keta. terpandang makcik rela. hari raya pun makcik bekerja.

terdetik nak bagi duit raya kat makcik. mungkin itu memang dah tertulis rezeki makcik.

saya tanye makcik. “Raya pun keja ke makcik”
makcik jawab. “ diorang suruh jaga bangunan takut hilang” senyum je makcik.

Kite setiap hari raya dengan keluarga. Org lain kadang2 berjauhan dengan keluarga di setiap hari raya. Bersyukur lah dgn rezeki yg kite ada. Dimurahkan rezeki itu pun 1 ujian.Kite leka atau berbagi. Nikmat yg Allah bagi itu boleh di tarik dlm sekelip mata.

Dalam rezeki kite.ada rezeki org lain. 

Lebih 140 Ribu Views Video

Posting video yang dikongsi dilaman Instagramnya itu telah mendapat lebih 140 ribu views dan lebih 300 komen dari semua. Ramai meninggalkan komen positif pengikutnya yang rata memuji tindakan murni yang dilakukannya. Ada juga yang mendoakan agar Chong sentiasa dimurahkan rezeki.

Tindakan seperti ini lah yang sepatutnya ditiru oleh semua orang agar sama sama merasakan keberkatan rezeki yang diberikan kepada kita. Berkongsi rezeki merupakan amalan mulia yang disarankan untuk kita lakukan. Semoga kita mendapat inspirasi dari perkara yang dilakukan oleh pemuda tersebut.

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

(Surah Saba, 34:39) 

Sumber : Chong Ed

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×