Famili

Mak Ayah Dah Boleh Daftar Anak Lahir Tahun 2017 & 2018 Untuk Darjah 1 Sesi 2024/2025

8
SHARES
daftar anak darjah 1

Nampaknya dalam anak-anak sedang berseronok menjalani kehidupan sedang bercuti sekolah, jangan terlupa pula bahawa anak-anak yang lain bakal menginjak ke Darjah 1 pada tahun hadapan. Penting untuk ibu bapa melakukan persiapan terutama sekali jangan lambat-lambat daftar anak Darjah 1.

Mudah sahaja, untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, permohonan kemasukan ke Darjah 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan secara online. Berikut merupakan cara mendaftar di laman web Kementerian Pendidikan.

DAFTAR ANAK DARJAH 1 KALENDAR AKADEMIK 2024/2025

daftar anak darjah 1

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.

Kanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.

Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

1.Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login

2.Klik Pengguna Baru

3.Tekan Daftar Pengguna

4.Klik Daftar

5.Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar

6.Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1

7.Klik Permohonan Baharu

8.Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar

9.Lengkapkan maklumat berikut:

10.Maklumat murid

daftar anak darjah 1

11.Maklumat kesihatan

12.Maklumat penjaga

13.Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya

14.Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

15.Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan

16.Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

17.Status permohonan murid akan dipaparkan.

18.Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Penting juga untuk ibu bapa simpan dalam kalendar adalah Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan. Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2024/2025, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2023. Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023. Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.

Sumber: Instagram @KemPendidikan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×