Famili

d Conference & d Awards 2023 Sedia Mendedahkan Masa Depan Ekonomi Digital

2
SHARES
d Conference

Industri digital kini sedang bersiap sedia untuk d Conference dan d Awards 2023, yang bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun ini di Nexus, Bangsar South. Di mana, komuniti akan menterjemahkan kemunculan trend digital dan membentuk masa depan ekonomi digital bersama.

Malaysian Digital Association (“MDA”) selaku penganjur telah merangka sebuah program yang cukup padat untuk d Conference yang bakal berlangsung selama satu setengah hari. Tambahan, pakar-pakar industri akan dibawa untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pemasaran digital, teknologi dan data.

Baca juga: Karnival Jom Heboh 2023: Kunjungi Slot SirapLimau, Banyak Aktiviti Menaikkan Adrenalin Anda!

d CONFERENCE & D AWARDS 2023

d Conference

Gambar: Eileen Ooi, Presiden MDA.

“Objektif persidangan ini adalah untuk mengumpulkan individu terbaik daripada semua subset digital ekonomi dalam usaha untuk meneroka dan mengembangkan lagi kemahiran mereka untuk memacu e-ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik,” kata Eileen Ooi, Presiden MDA.

“Bukan itu sahaja d Conference boleh dituntut dari HRD Corp, menjadikannya satu peluang terbaik untuk para pemain industri membina rangkaian, bertukar idea dan saling belajar antara satu sama lain,” tambahnya lagi.

d CONFERENCE

Majis itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam upacara perasmian d Conference pada 22 Jun dan memberikan ucapan pembukaan. Diikuti ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ts. Mahadhir Aziz.

d Conference menampilkan barisan kukuh yang terdiri daripada 20 orang penceramah dalam lebih 18 sesi seperti:

  1. Ketua Asia Tenggara BytePlus, Kenny Tan – Berkongsi pandangan mengenai Next-Level Customer Engagement Beyond the Screen.
  2. Ketua Annalect OMG Malaysia, Daler Kendzhaev – Membentangkan tentang Digital Outlook untuk tahun 2023 dan 2024.
  3. Pemangku Ketua Operasi TalentCorp Group’s Mynext Operations, Dr Madhavan Balan Nair – Driving Growth Through Digital Knowledge.
  4. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Antsomi, Serm Teck Choon – Managing and Activating Customer Data in an Omnichannel World.

ISU-ISU BAKAL DIKUPAS

Para hadirin juga boleh menyaksikan para panel meneliti isu-isu berkaitan dengan para pemasar dan pengamal digital yang bakal dikendalikan Serm.

  1. Isu: “Cookieless World – Are Publishers Stepping Up with Their Identity Strategy”.
  2. Panelnya adalah:
  • Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau.
  • Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Kandungan dan Strategi) Media Chinese International Limited, Tan Lee Chin.
  • Ketua Pegawai Strategi & Perancangan Astro Media Solutions, Kristine Ong.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim
  1. Isu: “Digital Ecosystem – Long-Term Brand Value” – Pengarah Pembangunan Perniagaan MGID, Norshiha Tahir selaku moderator.
  2. Senarai panel adalah:
  • Ketua Agensi mSIX, Sai Phaik Cheng.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Kenny Ong.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Grey Singapore & Malaysia, Irene Wong.
  1. Isu: “How are We Addressing Digital Advertising Fraud” – dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Jualan Astro, Tai Kam Leong.
  2. Panel terlibat:
  • Ketua Strategi Biddable Dentsu Malaysia Prabhat Taneja.
  • Ketua Prestasi Omnicom Media Group, Winnie Pang.
  • Pengarah Keterlibatan Xaxis Reeve Liew.
  • Ketua Pegawai Digital Mediabrands, Cindy Eliza Vaz.
d Conference

Gambar: Malaysian Digital Association (MDA).

d AWARDS

Pada petang 23 Jun 2023, d Awards akan memberikan penghargaan kepada kempen digital terbaik dan menyaksikan kelahiran Digital Person of The Year dan Rising Star. Di mana, sebuah mahkota – Grand Prix – akan dianugerahkan kepada pemenang markah tertinggi daripada semua kategori kempen.

Sementara agensi atau pembekal perkhidmatan digital dengan mata terkumpul tertinggi daripada semua anugerah yang diterima bakal dinobatkan sebagai Digital Impact of the Year.

HARGA JUALAN TIKET

Daftar sekarang di https://d-conference.com.my/ atau https://www.d-awards.com.my/. Tiket boleh didapatkan dengan harga berikut:

  1. d Conference – RM2,000 bagi setiap peserta (HRD Corp boleh dituntut).
  2. Meja-meja pembentangan d Awards dan malam gala – RM3,500 nett bagi setiap meja yang memuatkan seramai 10 orang.

d Conference dan d Awards 2023 dijayakan oleh penaja platinum BytePlus dan penaja utama Media Prima OMNiA. Rakan strategik acara terdiri daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), 4As, Malaysian Advertisers Association (MAA), Internet Alliance Malaysia dan Persatuan Industri Komputer Dan Multimedia Malaysia (PIKOM).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×