Famili

REV Media Group Raih Pelbagai Kemenangan Di MDA d Awards, Kekal Peneraju Industri

2
SHARES
rev media group

Sebuah syarikat media digital terkemuka, REV Media Group (REV) berjaya raih kemenangan dalam beberapa kategori di MDA d Awards 2o23, pada Jumaat lalu.

Kemenangan ini sekali gus berjaya mengukuhkan kedudukan REV sebagai peneraju industri, menunjukkan komitmen mereka untuk terus maju ke hadapan dan meneroka sempadan baru.

REV MEDIA GROUP RAIH PELBAGAI KEMENANGAN

REV MEDIA GROUP

Antara pencapaian terbaik yang diterima adalah sebagai Best Digital Tech Product (Emas) untuk MyUndi, produk teknologi digital inovatif yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.

Membawa ‘Holistic Digital Experience for GE15’ sebagai tajuk, pengalaman pengguna MyUndi yang lancar memberi peluang kepada individu untuk terlibat seperti sebelumnya, seterusnya menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan warganegara.

Di samping itu, kolaborasi REV dengan SAYS dan Wiki Impact membawa kepada kemenangan dalam kategori Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign (Emas).

REV MEDIA GROUP

Kempen yang berjudul “Shining a Spotlight on Everyday Malaysians,” menggunakan pemasaran digital dengan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif, membuktikan komitmen REV untuk memberi impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka.

REV Media Group juga memperoleh anugerah Perak dalam kategori Best Digital Publisher of the Year yang sangat kompetitif, menekankan dedikasi mereka untuk memperjuangkan evolusi data dan kandungan.

Selain itu, kempen Grabfood 5-Star menjadikan REV membawa pulang anugerah Perak untuk Best Use of Data. Kerjasama REV dengan IKEA juga membawa kepada kemenangan Perak untuk Best Use of Mobile.

Ledwina In Jia Fang, Ketua Spark di REV Media Group juga membawa pulang anugerah Perak untuk Digital Person of the Year.

“Kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman kami untuk memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran. Kami tetap teguh dalam usaha kami untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami.” ujar Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif di REV Media Group.

Kemenangan di MDA d Awards 2023:

REV MEDIA GROUP

Emas – Best Digital Tech Product – MyUndi (Holistic Digital Experience for GE15)

Emas – Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign, (Shining a Spotlight on Everyday Malaysians)

Perak – Best Digital Publisher of the Year (How REV is Championing the Evolution of Data & Content) *(Tiada pemenang Emas untuk kategori ini)

Perak – Best Use of Data (Grabfood 5-Star: Matchmaking Foodies to 5-Star Rated Restaurants on GrabFood

Perak – Best Use of Mobile (How We Sparked A Sleep Revolution with IKEA’s Sleep Festival)

Perak – Digital Person of the Year (Ledwina In Jia Fang)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×