Famili

Jadual Cuti Umum 2015 & Hari Kelepasan Am. Public Holiday Malaysia 2015!

291
reads
Cuti Umum 2015

Cuti Umum 2015 (Public Holiday 2015)

Kebiasaannya, orang cari informasi mengenai cuti umum 2015 kerana ingin merancang percutian dan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Adakah anda salah seorang dari mereka?

Golongan yang ambil tahu tentang cuti

  • Ibu-bapa yang mempunyai anak yang masih sekolah pasti ligat kepalanya untuk menggabungkan cuti agar jadi lebih panjang
  • Bagi bakal pengantin yang mencari alternatif selain dari cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan, boleh juga menetapkan tarikh yang jatuh pada hari cuti umum agar memudahkan semua jemputan.
  • Usah terkejut, golongan bujang dan pelajar universiti juga tidak terkecuali. Mereka sibuk mencari tarikh terbaik untuk melancong dan backpacking ke serata alam.
  • Bagi golongan yang bekerja makan gaji, inilah saatnya untuk berehat di rumah setelah penat bekerja. Biasanya, masa inilah qada’ tidur sehingga bangun tengahari!

Cuti umum 2015 yang rasmi

Sepertimana Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan tarikh cuti sekolah 2015, Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri juga secara rasmi telah mengeluarkan jadual cuti umum dan hari kelepasan am persekutuan dan negeri untuk tahun 2015.

Dapatkan takwim dan tarikh yang terkini dan yang dipercayai. Berikut ialah senarai cuti umum 2015 dan hari kelepasan am persekutuan:

Cuti Umum 2015

 

Untuk jadual cuti umum dan hari kelepasan am negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang (Penang), Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu:

Cuti Umum 2015

cuti-umum-2015-hari-kelepasan-am-public-holiday-malaysia-negeri-2

Jadual yang ada di sini hanyalah sekadar panduan untuk semua. Jika berminat, boleh download dokumen PDF yang asal dari kabinet.gov.my di sini.

Akhir kata

Apa yang penting, rancanglah aktiviti bersama keluarga tersayang. Jika ingin pergi bercuti, kami cadangkan, lawati tempat menarik di Malaysia. Selain lebih jimat, dapat kenali Malaysia dengan lebih dekat!

Jika hanya duduk di rumah, pastikan juga lakukan kerja yang berfaedah. Jangan hanya tonton TV dan bermain Internet.

 

Yang Popular

To Top