Didik

Cuti Sekolah 2015 di Seluruh Malaysia. Jom Pergi Bercuti!

Cuti Sekolah 2015

Cuti Sekolah 2015 (School Holiday 2015)

Biasanya, ramai ibu-bapa bekerja akan mencari tarikh cuti sekolah 2015 untuk merancang percutian atau balik kampung. Bukan setakat kalendar cuti sekolah sahaja, dapatkan sekali jadual cuti umum 2015 jika betul ingin merancang percutian. Walau bagaimanapun, ada juga yang mengambil peluang untuk hantar anak ke kem motivasi sempena cuti sekolah. I

Dengan adanya takwim cuti sekolah 2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasmi, ini akan memudahkan lagi ibu-bapa membuat perancangan rapi. Jadual cuti sekolah 2015 ini selalunya tidak akan berubah, kecuali sebab-sebab tertentu. Cuti ini juga sama untuk semua sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah vokasional, MRSM dan SBP. ni tidak termasuk apabila berlaku kejadian ’emergency’ seperti jerebu.

Kalendar Cuti Sekolah 2015

Kami telah memudahkan penggunaan kalendar ini dengan memberi warna untuk Kumpulan A (hijau) dan Kumpulan B (merah). Boleh terus rujuk kotak dengan garisan putus-putus berserta anak panah.

Seperti biasa, Kumpulan A ialah negeri yang cuti hari Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B ialah negeri yang cuti hari Sabtu dan Ahad iaitu Perlis, Pulau Pinang (Penang), Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Gambar kalender cuti sekolah 2015 adalah seperti berikut:

kalendar-cuti-sekolah-2015-kpm-moe-a

kalendar-cuti-sekolah-2015-kpm-moe-b

Cuti Sekolah Nak Pergi Mana? Cadangan Aktiviti dan Program Cuti Sekolah

Untuk ibu-bapa bekerja, ada masanya tidak dapat cuti dengan anak. Alternatif lain ialah berikan anak kebebasan untuk memilih aktiviti yang mereka suka. Jika boleh bercuti dengan anak, itu lebih baik. Kami gabungkan semua sekali.

Antaranya ialah:

1. Program Masjid

Kebanyakan masjid akan menyediakan program pemantapan akidah dan tahfiz. Contohnya Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Negara.

2. Kem Motivasi (Summer Camp)

Boleh hadiri kem anjuran Dr Fadzilah Kamsah di Fadzilah Kamsah Academy (fka.com.my). Dengar cerita ramai ustaz seperti Ustaz Zahazan, Ustaz Ebit Liew dan Ustaz Zamri pun ada buat program.

3. Kem Hafazan

Mungkin ada dalam program masjid. Mungkin juga dibuat di pusat tahfiz. Bukan setakat belajar dan mengaji Al-Quran, apabila masuk kem hafazan, pelajar diwajibkan hafal banyak surah dari Al-Quran.

4. Sertai kelas dan bengkel

Pelbagai bengkel boleh dihadiri untuk menambah pengetahuan. Jika Matematik kurang mantap, boleh hadiri kelas dan bengkel Matematik. Jika ingin belajar guna perisian komputer, boleh belajar Word dan Excel. Yang penting, jangan main ‘game’ pula!

5. English Camp

Ini bukan kurus motivasi. Ia lebih kepada pemantapan dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar yang kurang mahir. Mudah berkomunikasi nanti apabila meningkat dewasa.

6. Melancong & Lawatan Tempat Menarik

Jika ada peruntukan kewangan yang lebih, ambil masa & cuti jalan-jalan ke taman tema seperti Legoland, Bukit Merah Laketown Resort dan Sunway Lagoon. Jika suka tempat sejuk, boleh ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.  Jika minat sains dan haiwan, boleh ke Pusat Sains Negara dan Zoo Negara. Agar ibu boleh berbelanja, sila ke Langkawi atau sekitar Kuala Lumpur. Banyak lagi destinasi pelancongan dalam Malaysia yang boleh dikunjungi. Kalau minat pantai, boleh pergi pulau. Rujuk entri pulau paling menarik di Malaysia.

7. Mengerjakan Umrah

Inilah masa untuk dekatkan diri dengan Allah. Ini juga masa yang sesuai untuk angkut satu keluarga. Boleh baca pengalaman umrah ziarah tahun 2014 yang lalu yang singgah ke Istanbul.

Boleh dapat perincian takwim persekolahan tahun 2015 dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bentuk PDF di sini. Apa yang penting, jadikan cuti sekolah kali ini cuti sekolah yang berfaedah dan tidak membosankan. Tentu sekali kenangan pengalaman cuti sekolah yang dialami oleh anak-anak akan buat mereka seronok bercerita dengan kawan-kawan.

Semoga bermanfaat!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×