Famili

Cuba 10 Tips Kekalkan Keharmonian Keluarga Sepanjang Arahan PKP, Elak Asyik Nak Gaduh!

27
SHARES

Terkurung bersama keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat diucapkan dengan kata kata. Tetapi untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian sebagai sebuah keluarga sepanjang tempoh terkurung itu mungkin satu benda yang mustahil. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat dari penularan wabak Covid-19 ini, pelbagai tips yang boleh diambil dan dipraktikkan bagi mengekalkan keharmonian keluarga dan mengelak anda melakukan perkara perkara yang tidak munasabah sebagai sebuah keluarga.

Arahan Social Distancing Diperketatkan

Ini sampai disatu titik dimana semua menghadapi situasi social distancing dan proses pengasingan diri dalam satu jangka masa yang panjang. Kita langsung tidak dibenarkan keluar kecuali jika anda mempunyai urusan penting dan itupun hanya ketua keluarga di benarkan untuk keluar.

Pastinya perkara ini agak sukar bagi sesetengah pihak di mana mereka sudah biasa untuk bekerja di luar dan berjumpa dengan pelbagai orang. Ada juga sesetengah pihak yang mengambil peluang ini untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga dengan secukupnya. Tetapi selama manakah kita dapat bertahan dengan perintah ini?

Bagi mereka yang mempunyai anak, pastinya mereka merasakan tekanan itu kerana tidak dapat membawa anak keluar untuk bersiar siar. Banyak perkara yang tidak dapat dilakukan dan ini kadang kala akan menjejaskan daya ketahanan diri sendiri. Pelbagai tips anda perlu tahu bagaimana untuk anda mengekalkan daya ketahanan diri anda sendiri malahan dalam keluarga itu sendiri.

Tips Untuk Kekal Aktif Sepanjang PKP

1 Rutin harian perlulah diteruskan seperti rutin pembelajaran buat anak anak atau bekerja dari rumah bagi ibubapa

2 Bersosial antara teman teman menggunakan aplikasi panggilan video seperti facetime, whatsapp atau skype

3 Kekalkan kesihatan dan rutin exercise anda

4 Hiburkan anak anak dengan pelbagai aktiviti atau bermain video games bersama mereka

5 Makan makanan yang sihat dan minum air yang secukupnya untuk mengelak rasa lesu

6 Biarkan anak anak melakukan aktiviti mereka di dalam rumah

7 Sekali sekala jangan lupa me time untuk diri sendiri

8 Kekalkan kebahagiaan hubungan antara satu sama lain

9 Kurangkan menonton berita berita yang boleh merungsingkan kita

10 Kekal positif!

Gunakan peluang ini untuk anda meluangkan masa yang telah dibazirkan sebelum ini bersama keluarga tersayang. Mungkin dengan arahan PKP ini juga kita dapat mengenali dengan lebih rapat ahli keluarga kita sendiri. Quality time bersama mereka yang tersayang itu lebih penting dari anda bazirkan masa untuk perkara yang tidak berfaedah. Patuhlah pada arahan Stay At Home untuk kesenangan semua.

Sumber : Agnes Mann

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×