Rumah Tangga

8 Kerja Isteri Yang Cukup Meletihkan, Tapi Tak Ada Siapa Nampak

29K
reads

Siapa sangka, selepas bergelar seorang isteri atau surirumah, bebanan kerja di rumah semakin bertambah. Ada masanya kita pun pening kepala sebab tak tahu apa yang menyebabkan kita rasa begitu penat.

Sebenarnya, ada banyak kerja ‘ghaib’ yang dilakukan oleh seorang isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kerja-kerja ini mungkin kita tak nampak hasilnya, tapi ia amat penting bagi memastikan keadaan di rumah tetap teratur.

8 Kerja Seorang Isteri Yang Meletihkan, Tapi Tak Ada Siapa Nampak

1. Memikirkan Menu Harian

Bagi yang tak faham, perkara ini mungkin dipandang remeh. Balik rumah saja, makanan semua telah tersedia. Tapi tahukah anda bahawa soalan “Nak masak apa hari ini?” tak pernah putus dari fikiran seorang isteri.

Bila dapat memasak menu yang disukai suami dan anak-anak, rasa macam menang loteri. Bukan mudah ya, tambahan pula kalau ada anak kecil yang perlu diasingkan menu yang berbeza daripada citarasa orang dewasa.

Jadi, janganlah menyindir bila tengok Facebook mereka penuh dengan resepi! Semua ini amat berguna untuk mereka nanti.

Foto Kredit: gemini.no

2. Menguruskan Anak Ke Sekolah / Taska

Sejak awal pemilihan taska atau pengasuh, biasanya isterilah yang akan membuat survey dan memantau tempat yang paling dirasakan sesuai. Isteri jugalah yang menyediakan kelengkapan mereka sebelum pergi ke sana, dan mengeluarkan pula barang yang telah digunakan dari beg selepas balik.

Bagi ibu menyusu pula, stok simpanan susu badan perlu sentiasa diselia dan diuruskan dengan cara tertentu agar ia tidak rosak semasa dipek ke taska dan selepas dipam di pejabat. Ada yang bangun seawal 4-5 pagi setiap hari demi memastikan semua ini berjalan lancar. Nampak senang, tapi memang banyak kerja!

www.youtube.com

3. Menjadi Kalendar Aktiviti Anak

Seorang ibu seolah-olah menjadi sekretari anak – di mana kita perlu mengambil tahu tentang aktiviti sosial mereka. Seorang ibu memang arif dan lebih tahu kalau hari ini ada kelas tambahan, kena pakai baju sukan, kena bawa buku tertentu, atau ada perjumpaan dengan guru.

Nak ingat seorang anak pun dah pening, apatah lagi kalau ada 3-4 orang anak. Tapi, hebatnya seorang ibu – segala data dah tersimpan dalam otak bak sebuah komputer!

Foto Kredit: momjunction.com/

4. Mengingat Temujanji Doktor

Selain mengingat tarikh-tarikh penting di sekolah, seorang ibu dan isteri jugalah yang mengingat tarikh temujanji doktor. Tak kiralah temujanji untuk  kehamilan, vaksinasi anak, pergigian atau check-up bulanan. Kadang-kadang masa kita seharian habis di luar hanya untuk urusan ini.

Itupun belum masuk lagi kalau ada haiwan peliharaan. Si comel pun perlu jumpa doktor juga!

Persediaan Sebelum Kahwin. Persiapan Perlu Rapi!

Foto Kredit: istockphoto.com

5. Membeli Barang Dapur / Rumah

Bila isteri kirim beli bawang, gula, tepung, dan sebagainya, mungkin ada suami yang menganggapnya remeh. Tapi kalau tak cukup bahan-bahan ini, susahlah nak merancang resepi untuk menu hari ini.

Selain itu, hanya seorang isteri juga yang selalunya perasan kalau syampu dan sabun dah nak habis, termasuklah juga barang-barang rumah yang lain. Bila tak ada, barulah kita perasan bagaimana cekapnya ibu-ibu kita!

www.linkedin.com

6. Mengemas Rumah

Dalam 1 hari, tak tahulah dah berapa kali kita mengemas. Kemas bilik tidur, kemas dapur, kemas depan, kemas meja makan, dan macam-macam lagi.

Bila rumah sentiasa kemas, memang ramai yang kurang menghargai usaha mereka ini. Tapi bila bersepah, mulalah ada yang mengkritik. Aduhai…

commons.wikimedia.org

7. Merancang Sambutan Harijadi / Perayaan

Bila tiba hari istimewa, ibu-ibu paling rajin membuat perancangan. Nak beli kek di mana, hadiah anak, dan undangan tetamu sekiranya ada.

Samalah juga kalau Hari Raya dan sebagainya. Dah tentu isteri yang sibuk mencari kuih raya, kelengkapan dapur, hiasan rumah, dan pakaian anak-anak, bukan? Tambahan pula, hanya isteri yang lebih tahu tentang saiz pakaian dan kelengkapan anak-anak mereka.

Foto Kredit: themalaymailonline.com

8. Merangka Jadual Anak-anak Di Rumah

Apabila berada di rumah, ibulah yang akan memantau mereka membuat kerja sekolah, makan, mandi, berehat, tidur, dan sebagainya.

Bila tiba hujung minggu pula, ibu akan fikirkan sesuatu yang extra special untuk anak-anak untuk mengisi waktu mereka. Barulah masa mereka dapat dimanfaatkan dan tidak merungut dek kebosanan.

cara mendidik anak

Foto Kredit: momtastic.com

Ia Seolah-olah Kerja Yang ‘Invisible’

Secara semulajadinya, seorang wanita dijadikan sebagai seorang insan yang cenderung terhadap multitasking. Mereka mampu merancang, mengingat, dan melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kalau bukannya seorang isteri yang memikirkannya, memang tak tahulah siapa yang akan buat. Mungkin inilah juga sebabnya kenapa isteri anda begitu penat walaupun orang di rumah nampak mereka macam ‘tak buat apa-apa’.

Ingatlah bahawa sekalipun semua ini nampak mudah bagi si isteri, namun ia adalah bebanan mental yang memakan tenaga dan mampu menjejaskan emosi. Cuba kalau isteri ambil ‘cuti berehat’ daripada semua ini. Walaupun sehari, boleh pening kepala jadinya. Oleh itu, hargailah usaha isteri anda setiap hari ya!

Yang Popular

To Top