Famili

Bukan Animasi Biasa, Ibu Bapa Kena Pantau Kandungan Animasi Di Youtube Selit Unsur Lucah!

262
SHARES

Kanak-kanak mana yang tidak ‘gilakan’ gajet canggih zaman sekarang bukan? Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak mahu makan atau buat perkara lain gara-gara terlampau melekat dengan aktiviti tersebut. Namun, penting juga untuk ibu bapa sediakan bahan-bahan yang berilmu buat anak-anak yang suka menonton video di dalam gajet supaya tidak sia-sia.

Hal ini kerana, sedar atau tidak banyak kandungan dalam program Youtube kanak-kanak turut menyelitkan elimen ‘lucah’ supaya anak-anak terpengaruh. Bagi mengelakkan perkara negatif sebegini berlaku, mak ayah disarankan untuk menggunakan Youtube Kids khas untuk anak-anak.

CHANNEL YOUTUBE ANAK ADA UNSUR LUCAH?

Ya Allah, apa semuaa ni? Berderau darah. Keluar ultraman tu masa saya nak buka youtube tadi. Terus saya explore upin ipin sebab anak-anak suka tengok upinipin.

Berikut merupakan antara beberapa laman Youtube yang memaparkan kandungan yang negatif untuk kanak-kanak. Menggunakan karakter kartun kegemaran kanak-kanak masa kini, perkara ini mungkin akan menyebabkan mak ayah terlepas pandang. Mana tidaknya, anda mungkin akan ingat anak-anak tengah menonton rancangan kartun yang betul!

Jadi, salah caranya adalah mak ayah perlu menggunakan Youtube Kids supaya kandungan tontonan anak-anak dapat dikawal dan lebih selamat.

Tak tahu nak buka rancangan Youtube apa untuk anak-anak? Di sini kami senaraikan perkongsian 16 educational channel di Youtube untuk anak-anak.

Artikel berkaitan: 16 Senarai Educational Channel Di Youtube Untuk Tontonan Anak, Semua Best-Best!

Sumber: Siti Fatimah Mohd Hadhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×