Asuh

Buntu Anak ‘Ketagih’ Gajet? Jawapan Mak-Mak Ini Mungkin Boleh Selesaikan Masalah Anda

2
SHARES

“Ketagih betul anak aku dengan gajet ni, macam mana nak elak eh?”

Selari dengan perkembangan teknologi, ramai dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan telefon bimbit sebagai cara untuk menghiburkan anak-anak. Namun, lama kelamaan ini menjadi tabiat buruk buat mereka sehinggakan mereka jadi ketagih dan tidak mampu melakukan perkara lain tanpa gajet.

Oleh itu, seorang ibu meluahkan rasa ini di laman Facebook dan meminta pandangan dari orang ramai tentang teknik berkesan bagi mengelakkan masalah ini. Ternyata, ramai ibu berkongsi teknik dan mungkin juga boleh menjadi bantuan buat mendidik anak-anak yang kian membesar.

MAK MAK UTARAKAN IDEA BERNAS UNTUK ANAK YANG KETAGIH GAJET

Ramai mengetahui bahawa ketetapan masa penggunaan gajet untuk anak-anak adalah penting. Ini bagi mengelakkan mereka terlampau lama bersama alatan elektronik tersebut dan turut menyebabkan masalah kesihatan. Ada juga dalam kalangan ibu di group ini mencadangkan perkara yang sama dimana menghadkan penggunaan telefon dalam masa 20-30 minit sahaja ketika waktu senggang anak-anak.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mencadangkan supaya anda mengaktifkan ‘mode aeroplane’ supaya anak-anak tidak dapat mengakses internet dan terjebak dalam website yang bukan-bukan. Kaedah ini hanya memfokuskan anak-anak dengan video-video yang hanya ada dalam telefon bimbit tersebut sahaja.

‘JANGAN ANAK NANGIS JE, TERUS BAGI PHONE’

Antara nasihat yang diterima adalah untuk tidak menggunakan gajet sebagai ‘ubat’ kepada tangisan anak. Maklumlah, bila tengok anak-anak sedang menangis, apa lagi cara yang boleh digunakan untuk tenangkan mereka bukan?

Buat pengetahuan anda, pemilihan channel atau program kanak-kanak yang ebtul juga adalah penting bagi memastikan ilmu terus dapat disajikan buat anak-anak. Antara apa yang anda boleh cuba adalah dengan memasang Youtube Kids supaya dapat menjamin keselamatan website yang dikunjungi. Anda boleh tengok pelbagai rancangan kanak-kanak yang bermanfaat di sini.

*Macam mana? Dah dapat beberapa teknik untuk anda cuba buat anak-anak?

Sumber: Nurnajwa Pahimi via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×