Rumah

Cara Tanam Tauge Sendiri Di Rumah. Senang Je, Hari Ke-3 Dah Jadi

580
SHARES
cara tanam tauge

Mungkin ramai dah tahu cara tanam tauge memang mudah dari kacang hijau.

Tapi mungkin tak ramai yang tahu cara nak dapatkan hasil tauge yang gemuk dan elok.

Tak susah pun sebenarnya.

Yang penting, boleh dapat hasil yang segar dan bersih. Berikut adalah cara tanam tauge mudah yang dikongsikan oleh Puan Junainah Sahrudin. 

Rupanya Senang Betul Buat Tauge Sendiri Di Rumah. Hari Ke-3 Dah Boleh Tuai

Bahan-bahan

  • Kacang hijau
  • Bekas penapis
  • Tuala
  • Tong Simpanan
cara buat tauge

Foto Kredit: steemit.com

Cara-cara

1. Rendam Hingga Kembang

Pertama sekali, rendamkan kacang hijau di dalam air sampai kembang.

Saya mula rendam pada pukul 10 pagi dan awal malam saya dah boleh sediakan bekas.

Foto Kredit: recipeyoum.co.au

2. Sediakan Bekas Tanaman

Seterusnya, gunakan penapis dan letak tuala basah di atasnya. Potongkan tuala ikut saiz bekas.

Kemudian taburkan kacang.

3. Ulang Untuk Lapisan Kedua

Ulang langkah nombor 2 di atas. Tutup lapisan kedua pula dengan tuala basah.

Maksudnya sekarang dah ada 2 lapisan kacang hijau yang tertindan antara satu sama lain dan tertutup dengan tuala basah ya.

4. Simpan Di Tempat Gelap

Seterusnya, masukkan penapis ke dalam tong. Tong hitam lebih baik sebab seeloknya jangan bagi kena cahaya.

Kemudian simpankan di tempat gelap. Kalau pucuknya dah jadi warna hijau, takut rasanya jadi pahit pula.

5. Siram Setiap 6 Jam

Kena siram selalu ya. Setiap 6 ke 7 jam, siram sekali. Maknanya dalam 24 jam, 4 kali siram dengan air supaya tauge sihat dan gemuk-gemuk.

Setiap hari buangkan air yang bertakung. Kalau dah banyak pun dah boleh buang, tak perlu tunggu sehari.

6. Tuai Hasil Pada Hari Ke-3

Hari ketiga dah boleh tuai. Bolehlah dibasuh, dibuang akar, disimpan atau dimasak seperti biasa.

Wah, Senangnya! Tak Payah Beli Lagi

Nampak gayanya lepas ini tak perlu beli lagi, boleh buat stok untuk dimakan sendiri di rumah. Memang senang betul rupanya, bukan?

Bagi yang berniaga soto, tauhu sumbat dan sebagainya, mesti untung sebab tak perlu lagi beli tauge. Sumber pun lebih diyakini. Jadi, rugilah kalau tak cuba sebab langkahnya begitu ringkas. Jimat pula dan tak perlu pakai banyak bahan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memudahkan anda. Selamat mencuba.

 

*Cara tanam tauge oleh Puan Junainah Sahrudin ini disunting dan diterbitkan semula dengan kebenarannya. Follow FB beliau di SINI untuk lebih banyak perkongsian menarik!

Most Popular

To Top