Dapur

Cara Mudah Tanam Taugeh Di Rumah, Lepas 4 Hari Dah Boleh Buat Goreng!

518
SHARES
cara tanam taugeh

Taugeh merupakan antara sayur yang mendapat sambutan di pasaran. Bukan sahaja rasanya yang rangup dan enak, taugeh juga sangat sesuai untuk dimasak menu yang pelbagai. Oleh itu, kami kongsikan cara tanam taugeh sendiri di rumah dengan cara yang sangat ‘simple’! Lepas 4 hari dah boleh masak pula tu!

Baca juga: Resepi 6 Jenis Pes Masakan Homemade WAJIB Buat & Simpan Dalam Peti Sejuk, Senang Masak!

CARA TANAM TAUGEH DI RUMAH, LEPAS 4 HARI DAH BOLEH GORENG!

Untuk pengetahuan anda, taugeh sebenarnya sangat bagus untuk para wanita. Pengambilan taugeh untuk kaum wanita sangat bagus kerana dapat mengelakkan dari kanser payudara dan kurang sakit ketika haid.

Bahan-bahan

-1 Senduk penuh kacang hijau
-1 Bekas kotak air bersaiz besar

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

Cara- Caranya

1. Kacang hijau hendaklah dibasuh bersih. Toskan.

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

2. Pada bahagian bawah kotak,potong sedikit disetiap bucu kotak.Ini untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram. P/S : Bucu kotak lama-lama dia akan kembang dan akan menutup serta mengecilkan lubang.Pastikan lubang bucu kotak sentiasa ada ruang untuk air keluar.Penting untuk memastikan taugeh tak cepat membusuk dan berbau.

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

3. Masukkan kacang hijau kedalam kotak air dengan perlahan-lahan.

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

4.  Siram kacang hijau tadi dengan air. Nota : Siramlah air kedalam kotak 5 kali sehari.Lebih pun takpe.Ulangi dengan menyiram selama 3 hari berturut- turut. Lebih 3 hari pun takpe..maksud dia sampai taugeh dah membesar cantik dan dah penuh kotak..(bila kita buka penutup kotak air boleh nampak taugeh dah paras penutup)

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

5. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air keluar habis.

www.facebook.com/groups

6. Letakkan kotak air dalam kedudukan condong kedalam satu bekas untuk menadah saki baki air yang mengalir keluar. P/S : Air yang bertakung akan menjejaskan bentuk,rupa taugeh dan berbau.

www.facebook.com/groups

7. Hari ke 4-5 dah boleh menuai hasil. Inilah kejadiannya…taugeh yang terhasil. Sedap dimasak bersama kucai dan tauhu.

www.facebook.com/groups

cara tanam taugeh

www.facebook.com/groups

*Mudah kan? Kalau macam tu, jomlah kita tanam sendiri taugeh di rumah, tak payah beli dah!

Sumber: Princess Zhaza Nasheema

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×