Dapur

5 Cara Nak Tajamkan Mata Blender Yang Dah Tumpul. Guna Bahan Di Rumah Je

3.1K
SHARES

“Haduii… Dekat 5 minit aku blender bawang ni tak hancur-hancur. Aku dah tambah air pun masih berketul. Tumpul sangat dah agaknya mata blender ni. Macam mana nak tajamkan balik?”

Blender memang memudahkan kerja harian. Senang, campak-campak je terus kisar.

Tapi serius frust kalau benda yang kita nak blender tak lumat-lumat walaupun dah pusing banyak kali. Lagi-lagi kalau nak cepat.

Dahlah tengah-tengah nak memasak tu, takkan nak berhenti separuh jalan untuk pergi kedai cari mata blender baru kan?

Apa kata cuba beberapa cara tajamkan blender menggunakan bahan yang sedia ada di rumah ni.

Tak perlu keluar modal besar, tak payah beli baru. Insha Allah mata blender akan tajam seperti baru!

5 Cara Tajamkan Blender Guna Bahan Di Rumah. Mudah & Berkesan!

1. Garam Kasar

Hampir setiap rumah mesti ada garam kasar, kan?

Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.

Caranya senang saja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.

Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi.

Ulang beberapa kali hinggalah mata blender terasa lebih tajam.

2. Kulit Telur

Cara seterusnya kita boleh gunakan kulit telur.

Ya, telur yang kita masak tu jangan dibuang kulitnya. Bersih dan keringkan sekejap. Lepas tu boleh gunakan untuk ‘servis’ blender kita setiap bulan.

Caranya sama saja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuhkan.

Kalau selalu buat, mata blender akan jadi tajam.

3. Ais Ketul

Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.

Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

Mudah!

Cara tajamkan blender

4. Hampas Kelapa

Lagi satu cara, boleh juga gunakan hampas kelapa.

Caranya kisarkan hampas tadi tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas.

Mesti mata pengisar akan jadi tajam semula.

http://rayapos.com/

5. Beras

Akhir sekali, cara tajamkan blender ialah menggunakan beras.

Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.

Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!

Foto Kredit: shutterstock.com

Boleh Juga Diasah

Selain menggunakan cara ini, anda boleh juga buka bahagian pisau tu dengan berhati-hati. Kebanyakan model boleh dibuka dan digantikan bahagiannya.

Bila dah buka, asahkan bahagian pisau tu menggunakan batu pengasah atau kertas pasir, macam kita asah pisau biasa.

Foto Kredit: instructables.com

Cubalah langkah ini setiap bulan supaya mata blender sentiasa tajam dan dapat berfungsi dengan baik.

Ramai yang dah cuba dan akui keberkesanannya!

Tak payah nak susah-susah beli blender baru lagi. Jimat dan mudah, kan?

Most Popular

To Top