Nur

Kelantan Adakan Solat Hajat, Bacaan Yasin & Doa Selamat Selama 40 Malam Berturut-Turut

50
SHARES

Susulan dengan peningkatan kes berkaitan wabak Covid-19 yang melanda negara, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil keputusan untuk mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh negeri mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula semalam.

40 MALAM, DIKECUALIKAN MASJID DI KAWASAN TERJEJAS COVID-19

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun arahan berkenaan dikecualikan kepada masjid yang terletak di kawasan yang disahkan terdapat kluster Covid-19.

Menurutnya, perkara ini mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan supaya diadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di masjid negeri, bandar dan jajahan, serta mukim di seluruh negeri.

Pendekatan ini diambil juga memandangkan sejak akhir-akhir ini berlakunya peningkatan dalam kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan menyebabkan MAIK memutuskan untuk diadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurut MAIK, majlis akad nikah yang diadakan di masjid juga hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang.

Semoga apa yang diusahakan dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh Allah SWT dan wabak Covid-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat olehNya.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×