Dapur

Buat ‘Hantu Petai’, Ini Cara Simpan Petai Yang Dah Bertahun Supaya Kekal Fresh & Tak Kecut!

23
SHARES

CARA SIMPAN PETAI TAHAN LAMA

Petai merupakan antara makanan kegemaran orang ramai dan ada juga yang setiap hari wajib ada petai sebagai juadah makanan.  Kalau anda ‘hantu’ petai, anda perlu tahu cara untuk simpan petai agar ia kekal fresh.

Ini kerana, bukan mudah sebenarnya nak dapatkan petai kalau bukan musimnya. Betul tak? Jadi, jom ikut cara Puan Ummi Syuhada simpan petai. Dari tahun lepas pun tetap fresh dan elok tau!

Baca juga: Baru Beli Dah Layu… Ini Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lebih Lama, Sebulan Pun Fresh!

INI CARA SIMPAN PETAI YANG DAH BERTAHUN SUPAYA KEKAL FRESH

Petai tahun lepas, beli tahun 2021. Masih sedap rangup krup krap.

Cara frozenkan:

– Rebus dengan 1 sd besar garam, 1 sd kecik gula. Rebus sekadar petai tukar warna.

– Tuang air rebusan, bilas, rendam kejap dgn ais batu & toskan dalam tapis.

– Dah betul-betul sejuk baru masuk dalam plastik atau bekas.

Cara saya simpan:

– Letak separuh dekat freezer. Boleh tahan berbulan-bulan.

– Separuh dekat chiller. Kalau tengah kemaruk petai sesuai la letak dekat chiller. Hari-hari nak petai.

Ini petai tahun lepas. Pada 17.5.2022 buntu nak masak apa, teringat ada petai frozen. Terus bawa keluar bilas dengan air paip dulu untuk hilangkan kesan-kesan ais yang melekat lepastu baru rendam air suam.

Bila nak hidang gunting la keliling petai baru nampak comel. Sesuai petai muda & petai padi. Gunting comel kalau nak hidang kat suami, mak mertua, family, jiran.

Pasangan sehati sejiwa. Sambal udang dan telur dadar. Dah tinggal 1 keping baru ambil gambar.

Petai jeruk. Sesuai petai muda atau tua. Petai padi atau papan. Anggaran 5 papan petai. Rebus sikit sampai kulit tukar warna. Picit keluar petai, bilas buang lendir, tos dalam tapis, biarkan sejuk.

Sediakan air panas anggaran tenggelam petai. Tambah 1 sd besar garam, 1 sd kecik gula, 1 sd kecik cuka. Gaul sampai larut. Biar air sejuk dulu. Petai pun dah betul-betul sejuk. Baru campur, biar 2 hari pada suhu bilik. Baru masuk peti ais.

Petai mentah frozen. Kupas 2 atau sebijik-sebijik buang kulit dalam. Letak atas tudung periuk, sejukkan dalam freezer sampai macam dalam gmbr.

Bila pegang dia dah boleh bergolek & tak melekat antara 1 sama lain. Masuk dalam bekas buh semula dalam freezer. Nak guna nanti ambik secukupnya baru basuh. Selamat mencuba.

Cara frozenkan petai berkulit macam ni, kena hiris siap-siap baru celur & bekukan. Sama juga step asal. Atau boleh cuba yang cara petai mentah tu. Susah nak potong bila dah frozen, jadi licin bila potong, hirisan tak cantik, terkeluar isi dgn kulit.

Petai frozen masih sesuai dibuat petai bakar. Bilas buang ais, rendam air suam. Lap bagi kering pastu susun je dekat dapur gas petik api kejap, alih bawah pulak. Siap petai bakar.

Wah, setiap minggu boleh makan petai la nampak gayanya.

Sumber: Facebook Ummi Syuhada

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×