DIY & Kraf

Baru Beli Dah Layu… Ini Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lebih Lama, Sebulan Pun Fresh!

53
SHARES

Antara masalah sering dihadapi oleh ibu-ibu ialah pening memikirkan sayuran yang cepat layu meskipun sudah disimpan dalam peti sejuk. Baru sahaja beberapa hari beli tetapi tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa dibuang.

Sebenarnya, ada beberapa cara menyimpan sayur dengan betul agar ia tahan dengan lebih lama sehingga berbulan-bulan. Berikut adalah perkongsian Areini Hezry di laman Facebooknya. Semoga mendapat manfaat daripadanya.

Baca juga: Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

CARA SIMPAN SAYUR AGAR TAHAN LEBIH LAMA, SEBULAN PUN TETAP FRESH

Saya nak share tips dan cara saya simpan ulam dan dedaunan kehijaun untuk tahan lama. Amat berguna untuk suri yang malas nak ulang pergi kedai macam saya.

Tambah pulak kalau jenis kirim daun sup, daun bawang dekat suami dia beli banyak macam nak buat kenduri, berguna sangat la tak membazir. Untuk yang stay dekat rumah tak ada tanah nak bercucuk tanam pun helok sangat la boleh guna cara ni, kita bertani dalam peti ais sahaja. 

1. DAUN KARI

Dah 2 minggu masih fresh. Cara simpan: tak payah basuh terus letak dlm bekas kering dan tutup rapat. Letak tempat beku. Nak guna nanti baru basuh. Boleh guna kaedah sama untuk simpan daun limau purut.

2. DAUN BAWANG & SERAI

Nampak segar kehijauan kan. Masih segak bergaya walau dah dekat 4 minggu. Cara simpan: letak air dalam bekas paras akar simpan peti sejuk. Kena rajin tukar air. Pastu trim hujung daun yang layu. Trim takat yang layu sahaja macam dalam gambar. Kaedah sama juga kalau nak simpan daun sup.

3. PETAI

Dah banyak hari tapi masih handsome fresh dan rapuh biji petai. Cara simpan: simpan terus tempat beku dengan kulit tak payah kopek biji. Kalau kopek ambil biji simpan beku nanti lembik. Tak caya buat la.

4. PELAM & ULAM-ULAMAN

Masa ni pelam ni dah dekat 3 minggu, tapi masih fresh dan rapuh macam baru petik dari pokok! Sama juga dengan pucuk pegaga tu mak bagi bekal dari kampung daun masih elok tak layu. Cara simpan: rendam dalam air pastu letak peti sejuk.

Kalau pelam yang dah masak pun sama juga, beli banyak-banyak tak habis makan boleh simpan cara sama tak mau bagi buruk. Rekod saya simpan 2 bulan masih elok.

5. BUNGA KANTAN

Jiran bagi bunga kantan dah seminggu. Elok molek dia mekar dalam peti. Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras batang. Simpan peti sejuk.

6. KANGKUNG

Cara simpan: letak dalam bekas isi air paras akar smpai batang sikit. Rajin-rajin tukar air 3 hari sekali. Nanti kalau ada daun kuning macam dalam gambar kutip la buang.

Lagi kita petik lagi naik pucuk muda bercambah. Syok tak payah tanah nk tanam kangkung. Guna jug sahaja.  Yang ni tak payah letak peti ais. Letak luar sahaja.

Mudah kan? Selamat mencuba.

Sumber: Areini Hezry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×