DIY & Kraf

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

25
SHARES

Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal.

Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari tetapi lain pula dengan perkongsian pengguna Facebook bernama Fazli Che Fauzi yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas.

Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat

CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG

Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum.

1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci.

Cara tanam pokok kari

2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang.

3. Jadi seperti gambar di bawah.

4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari.

5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak. Dapat la serumpun pokok kari. Gambar last tu bertunas selepas lebih kurang seminggu.

Mudah kan? Selamat mencuba. Tak rugi tanam pokok kari, senang boleh guna dalam masakan.

Sumber: Facebook Fazli Che Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×