Dapur

Cara Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lebih Lama, Tahan Sampai 3 Bulan!

133
SHARES

Sejak duduk di rumah dan masuk bulan Ramadan, makin kerap kita masuk ke dapur untuk memasak. Jadi, bahan-bahan mestilah sentiasa lengkap ada dalam peti sejuk rumah. Tetapi malangnya ada juga beberapa jenis bahan masakan yang tidak mempunyai tempoh tahan lama dan memerlukan anda menggunakannya dengan segera.

Ini juga termasuklah kelapa parut yang berpotensi untuk berair dan berbau jika disimpan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, apa kata anda cuba cara ini untuk menjadikan kelapa parut lebih tahan lama di dalam peti sejuk. Barulah senang nak buat kari atau kuih.

Cara simpan kelapa parut agar tahan lama

1.Letakkan kelapa parut di dalam loyang. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

2.Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah di panaskan. Kukus selama 15 minit. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.

3. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

4.Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut. Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat .

*Senang!

Sumber: Ani Zam

Most Popular

To Top
×