DIY & Kraf

Cara Setting Di Facebook Untuk Elak ‘Di-Tag’ Kandungan Tak Senonoh

40
SHARES

Kalau biasa buka aplikasi Facebook, mesti anda tahu mengenai fungsi tagging yang ada di situ. Betul tak? Walau bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, pengguna Facebook mula marah dan tidak puas hati kerana rimas dengan video dan gambar tidak senonoh yang di-tag oleh akaun yang telah digodam.

Jadi, kalau anda rimas dengan hantaran tidak senonoh itu, boleh cuba cara setting di Facebook seperti yang dikongsi oleh Cikgu Siti Suhaila dengan hanya beberapa langkah mudah. Jom cuba!

Baca juga: Cara ‘Share Screen’ Di Messenger Facebook, Boleh Tengok Movie Sama-Sama!

CARA SETTING DI FACEBOOK UNTUK ELAK DI-TAG KANDUNGAN TAK SENONOH

Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya? Buat step macam ni supaya kalau kita kena tag pun post-post tu tak akan terpapar dekat wall kita selagi kita tak approve.

Cegah sebelum terlambat. Sekali semak wahh memang banyak sangat-sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini. Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati!

1. Pergi ke Setting & Privacy.

 

2. Klik Profile Setting.

3. Klik Profile & Tagging.

4. Klik Reviewing.

5. Aktifkan Review tags on your posts.

6. Aktifkan review posts you’re tagged in.

Segala video atau gambar yang di -tag perlu dilihat atau ‘diluluskan’ oleh anda terlebih dahulu sebelum keluar di ruangan Facebbok anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Cikgu Siti Suhaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×