DIY & Kraf

Cara ‘Share Screen’ Di Messenger Facebook, Boleh Tengok Movie Sama-Sama!

498
SHARES

Zaman moden ini, hanya duduk di rumah sahaja sudah boleh layan pelbagai jenis drama dan movie yang ada di smartphone masing-masing. Pelbagai platform atau aplikasi boleh dicuba untuk menonton cerita pilihan anda.

Lebih seronok jika kita dapat mengisi masa lapang menonton bersama rakan tersayang atau pasangan masing-masing. Pasti ramai lagi dalam kalangan anda yang tidak tahu bahawa di Facebook juga boleh menonton movie dan share screen bersama tersayang dengan mengguna aplikasi Messenger. Wah! Jom try.

Baca juga: Cara Save Instastory Ada Muzik Tanpa Guna Aplikasi, Boleh Rupanya!

CARA SHARE SCREEN DI MESSENGER FACEBOOK, BOLEH TENGOK MOVIE SAMA-SAMA

Mungkin ramai lagi yang belum tahu. Tahukah anda, apps ‘Messenger’ boleh digunakan sebagai platform untuk menonton movie/ ‘mini cinema’?  Sambil-sambil tu boleh la video call. Step by step boleh follow di bawah. Untuk yang jauh dari Family/friends ataupun sesama pasangan boleh sama-sama tengok movie, ala-ala “Movie-date”.

1. Buka aplikasi Messenger dan video call macam biasa bersama rakan atau keluarga. Kemudian klik Watch Together.

2. Tadaaa, macam ni la rupa dia bila dah click ‘watch together’. Best kan. Macam-macam pilihan boleh tengok.

3. Dah boleh tengok movie sama-sama. Seronoknya!

4. Kalau tak mahu tengok berdua, boleh tambah orang lain juga. Klik sahaja di Add People.

Senang kan? Tak ada lah bosan dan kesunyian kalau berjauhan dengan keluarga. Boleh lah merawat hati yang lara sebab tak dapat balik kampung. Hmm.

Sumber: Facebook Phillymyna Hussin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×