DIY & Kraf

Cara Save Instastory Ada Muzik Tanpa Guna Aplikasi, Boleh Rupanya!

25.5K
SHARES

“Macam mana nak save Instastory ada muzik ni? Aduhh,,”

Instagram sebelum ini ada menambah satu feature baharu iaitu boleh menambah muzik atau lagu pilihan hati anda di Instastory. Pelbagai lagu boleh dipilih untuk membuatkan Instastory anda lebih menarik.

Namun, terdapat satu masalah iaitu apabila video tersebut berjaya disimpan, lagu yang telah dipilih dan diletakkan akan hilang dan tiada bunyi. Jadi, hari ini kami akan kongsikan dua cara simpan Instastory ada muzik tanpa menggunakan aplikasi. Mudah sahaja, jom try.

Baca juga: Cara Buat Gambar Passport Sendiri Tanpa Guna Aplikasi, Senang!

Baca juga: Teknik Betul Sental Periuk Berkarat, ‘Confirm’ Berkilat Macam Baru Beli

CARA SAVE INSTASTORY ADA MUZIK TANPA GUNA APLIKASI

Cara pertama:

  • Buka aplikasi Instagram.
  • Masuk ke Instastory yang sudah anda post dan pilih More

instastory ada muzik

  • Pilih Copy Link

instastory ada muzik

  • Selanjutnya buka browser Google Chrome atau yang lain
  • Tulis storysaver.net. di Google
  • Masukan link anda sudah copy tadi dan pilih download.

instastory ada muzik

Cara kedua:

  • Buka aplikasi Instagram dan terus ke Direct Message dan tulis nama Instagram anda
  • Tekan logo kamera berwarna biru

instastory ada muzik

  • Muat naik Instastory pilihan anda dan pilih musik yang mahu diletakkan. Kemdian klik keep in chat.

  • Seterusnya, tekan lama-lama di video yang telah dihantar sehingga keluar more dan pilih save.

 

  • Siap! Mudah sahaja kan? Selamat mencuba

Sumber: Kotak Tekno

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×