DIY & Kraf

Cara Seterika Baju Paling Cepat Dengan DIY Mudah

4.8K
SHARES

“Adui. Naik lenguh tangan aku nak seterika baju yang berbakul-bakul ni. Dahlah guna seterika berat ni. Nak beli seterika wap tu macam belum mampu lagi. Apa cara seterika baju dengan cepat dan mudah ya?”

Inilah antara keluhan mereka yang selalu gosok baju. Kalau ‘last minute’, ada harapan pula lambat ke tempat kerja. Takpun, terpaksalah pakai baju yang separa berkedut kerana tak cukup masa nak tunggu betul-betul lurus.

Menariknya menerusi tips gosok baju ini, anda akan dapat menggosok kedua-dua bahagian serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Sebab itulah ia dapat siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika dan hanya menggunakan bahan yang murah!

Kami berbesar hati berkongsi cara seterika baju paling cepat dan mudah menggunakan trik DIY yang disumbangkan oleh Puan Afnee Baker. Siap ada ditunjukkan langkah demi langkah untuk anda ‘follow’.

Mari kita ikutinya.

Cara Seterika Baju Paling Cepat Dengan DIY Mudah

Berikut adalah bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan

  • Aluminium foil
  • Kain / Sarung seterika
  • Stapler / Double sided tape

*Saiznya bergantung kepada papan seterika (‘ironing board’) masing-masing

Cara-cara

Berikut adalah cara-caranya, langkah demi langkah.

1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil 

Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!

tips-gosok-baju-1

2. Balutkan Aluminium Foil

Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya.

Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.

tips-gosok-baju-2

3. Sarungkan Dengan Kain

Lepas dibalut dengan aluminium foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada.

Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Menurut Puan Afnee, kain yang digunakannya ini cuma kain lebihan buat cadar semasa beliau di hostel dulu. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!

cara seterika baju

4. Siap

Itu saja langkahnya. Sekarang bersedialah untuk anda melihat kesan magikalnya!

tips-gosok-baju-4

Siap!

Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Cuba tengok macam dalam gambar di bawah ini. Wah, hebat bukan?

cara seterika baju

Ini hasilnya. Sekali gosok saja, kedutan di kedua-dua belah permukaan akan hilang!

Selamat Mencuba!

Jimat masa, mudah, murah, dan sangat berkesan. Ramai dah mencubanya. Praktikal sungguh buat orang perempuan yang selalu menggosok pakaian, terutamanya suri rumah.

Sebagai seorang tukang jahit berkemahiran dan juga tenaga pengajar kelas aksesori dan jahitan kreatif yang diusahakannya sendiri, sudah tentu ia amat memudahkan tugas Puan Afnee. Beliau sendiri masih menggunakan papan seterika yang diubahsuai ini hingga sekarang – tahan lama dan ternyata berbaloi.

Walaubagaimanapun, Puan Afnee menasihatkan anda agar lebih berhati-hati kerana apabila adanya aluminium foil ini, tentulah akan cepat panas berbanding biasa. Jadi, kawallah suhu seterika anda dengan betul ya!

 

*Sumber asal dan perkongsian tips ini adalah melalui laman Facebook Puan Afnee Baker. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×