DIY & Kraf

Cara Servis Dapur Gas Yang Tersumbat & Api Tak Cantik – Terlalu Kecil, Merah / Oren

14.2K
SHARES
Cara servis dapur gas tersumbat

Dapur gas tersumbat tak menyala? Api jadi merah? Api tak sekata atau besar sebelah? Dapur gas tiba-tiba berbunyi?

Ini antara petanda awal ada sesuatu yang tak kena dengan dapur gas anda.

Jom fahamkan bersama antara masalah yang boleh berlaku pada dapur gas anda dan cara mengatasinya.

Api Dapur Gas Berubah Warna

Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik namun bagaimana jika warna lain yang keluar?

  • API JINGGA / OREN – Lubang pembakar gas yang tersumbat boleh menyebabkan api yang keluar berwarna jingga. Api oren ini suhunya lebih rendah dan tidak efisyen untuk dapur gas.
  • API MERAH – Memasak dengan api ini juga boleh menyebabkan periuk terbakar dan meninggalkan kesan hitam. Ia juga petanda bahawa gas dalam tong sudah mulai sedikit dan perlu ditukar dengan yang baharu. Dapur gas dengan api berwarna merah adalah amaran bahawa jumlah karbon dioksida meningkat dan anda perlu berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan keracunan karbon dioksida.
  • API BIRU – Api berwarna biru adalah yang paling baik dan mempunyai suhu melebihi 1,500 darjah celsius. Proses memasak dengan api ini juga menjadi lebih cepat selain tidak membuatkan kuali anda terbakar.

dapur gas tersumbat

Tanda Dapur Gas Tersumbat / Bermasalah

Selain warna pada api dapur gas, sumbatan juga boleh menyebabkan beberapa masalah lain seperti:

  1. Berbunyi – Api yang tidak stabil dan berbunyi bising apabila dinyalakan bermaksud sama ada terlalu banyak udara atau terlalu banyak gas yang sampai ke pembakar. Sesuaikan pengatup udara untuk mengetahui sama ada udara adalah masalah, atau mungkin ada kotoran yang menghalang laluan gas tersebut.
  2. Berbau – Jika dapur gas berbau kuat atau tetap berbau walaupun tidak dinyalakan bermakna mungkin salah satu pembakar tidak dimatikan sepenuhnya. Pastikan tingkap dan pintu dibuka bagi memastikan ada pengudaraan yang baik dan hubungi syarikat gas untuk bantuan segera.
  3. Api Terlalu Kecil / Tidak Menyala – Api yang terlalu kecil atau tidak menyala boleh menyebabkan sumbatan akibat kotoran atau minyak. Pembersihan secara teratur pembakar membantu menjamin kecekapan lebih, menggunakan kurang gas pada nyalaan yang lebih rendah

Cara Bersihkan / Servis Dapur Gas Tersumbat

Ada beberapa cara untuk anda bersihkan dapur gas yang bermasalah.

Salah satu tindakan yang pertama boleh dilakukan adalah dengan membersihkannya.

Pembersihan secara teratur pembakar membantu menjamin kecekapan lebih, menggunakan kurang gas pada nyalaan yang lebih rendah.

Di sini kami kongsikan cara bersihkan dapur gas dan cara servis sendiri di rumah dengan mudah.

PERALATAN SERVIS DAPUR GAS DI RUMAH

Cara mencuci biasa boleh dilakukan hanya dengan menggunakan bahan seperti:

  • Cuka
  • Baking soda
  • Air panas bersabun

Caranya, buka komponen dapur tu, rendam dengan baking soda, rendam 30 min dah okey, api cantik kembali.

Namun jika masih tersumbat, anda boleh gunakan beberapa peralatan tambahan untuk membuat deep cleaning.

Ini alatan yang berguna dan boleh disimpan di rumah. WD40 ni banyak kegunaannya tau. Selain menghilangkan kotoran, ia juga membantu melonggarkan engsel yang ketat, menghilangkan bunyi berkeriut pada alatan, dan menjadikan perkakasan anda bebas karat.

Cara servis dapur gas tersumbat

CARA SERVIS / BERSIHKAN DAPUR GAS DI RUMAH

1. Pisahkan dapur dengan cover dia (youtube ada tunjuk cara).

2. Ketuk-ketuk manja dapur sampai turun karat, tahi gas dan kotoran bekas minyak.

3. Sembur WD40 DEGRESER* seluruh dapur termasuk lubang-lubang dapur gas. Biarkan 5 hingga 10min.

4. Cuci dengan berus dawai. Agak tak keluar kotoran, sembur lagi WD40 DEGREASER. Tujuan guna degreser, untuk menghakis bekas-bekas minyak yang tumpah dalam salur gas. Bekas-bekas minyak ini juga salah satu punca api menjadi merah.

5. Bilas dengan air sehingga hilang baki kotoran.

6. Jemur sehingga kering. Nak cepat, bakar dengan flame torch.

Siap. Selamat mencuba.

Cara servis dapur gas tersumbat

Cara servis dapur gas tersumbat

 

Disclaimer : setiap dapur gas, berbeza cara buka dan pemasangan. Tengok tutorial di youtube dulu.

Boleh tonton di youtube

Atau taip jer “cara servis dapur gas”, macam-macam video ada.

Selamat mencuba!

Kredit: Abu Aisyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×