Nur

Cara Semak Kiblat Di Rumah Sempena Istiwa A’zam. Jam 5.16 Petang, 27 Mei 2020

12.1K
SHARES

Dikemaskini 25 Mei 2020

Fenomena Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila Matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan.

Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.

Dengan berlakunya fenomena ini, umat Islam berpeluang untuk melakukan semakan arah kiblat berpandukan bayang-bayang objek di sekitar tempat solat samada Masjid, Surau, Pejabat dan rumah.

Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, seperti dalam rajah di atas.

Tarikh yang terdekat ia akan berlaku esok, iaitu 27 Mei 2020 di seluruh Malaysia.

Jadi jom ambil peluang untuk semak arah kiblat dengan cara yang mudah dan tepat di rumah.

Tarikh : 27 Mei 2020
Masa : 5.16 petang

Berikut adalah caranya.

Cara Semak Kiblat Di Rumah Kediaman / Premis Sempena Peristiwa A’zam

Cara-cara:

1. Pastikan jam anda tepat. Boleh semak jam dekat TV atau selaraskan dengan jam di radio.

2. Sediakan kayu, tiang atau apa-apa benda yang tegak. (*Boleh juga jadikan tiang rumah sebagai rujukan)

3. Pacakkan pada permukaan tanah, pastikan kayu dipacak dengan tegak, 90 darjah.

4. Lihat bayang yang terhasil.

5. Tandakan garisan pada bayang. Arah bayang kepada kayu, ialah arah menghadap Ka’abah iaitu arah kiblat.

*Sila rujuk pada infografik yang disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Dalam sebuah posting oleh seorang ahli akademik, Tuan Ahmad Irfan Ikmal Hisham, kalau nak senang sebenarnya kita boleh tengok guna tiang atau pagar rumah saja sebab confirm tegak.

Foto Kredit: Ahmad Ikmal Irfan Hisham

Kemudian buat garisan pada bayangnya ke arah tiang atau pagar tu, macam kedua-dua gambar ini.

Mudah, kan?

Untuk penjelasan lebih terperinci boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Yelah, kadang-kadang bila guna apps tu ada yang lari, ada yang mungkin kita tak perasan settingnya.

Kalau guna kompas pun leceh juga nak mencari azimuthnya.

Rugilah kalau tak ambil peluang sempena Istiwa A’zam ini sebab menurut Falak Online, cara semak kiblat sementara matahari tegak di atas Kaabah memang simple, praktikal dan insya Allah tiada ralat.

Peristiwa ini hanya berlaku 2 kali dalam setahun, jadi jom set reminder dan pastikan kita dapat bersedia agar tak terlepas waktu yang ditetapkan.

Ingat tau, 5.16 petang nanti ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×