Kewangan

Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah Tanpa Ke JPJ & Tak Melalui Ejen. Sekejap Je Siap!

733
SHARES
cara renew roadtax online

Musim PKP ni mungkin ada yang risau sebab roadtax dah mati.

Yelah, dalam keadaan sekarang ni kalau nak keluar kena fikir 2-3 kali, lebih-lebih lagi yang ada anak kecil di rumah kan?

Rupanya ada cara renew roadtax online je tanpa perlu pergi JPJ dan tak payah melalui ejen.

Jom kita tengok perkongsian oleh Che Nor Asma ini.

Cara Renew Roadtax Online Paling Mudah Guna MyEG

Musim PKP ni masih banyak pejabat yang tutup. Kalau ada yang buka pun mungkin kena beratur panjang.

Jadi jom kita belajar benda baru iaitu cara renew roadtax online beserta insurans sekali guna MyEG.

Memang senang sangat!

*Tapi ini untuk kereta saja, motosikal tak boleh ya.

[BACA JUGA : Tahu Tak, ASB Dah Boleh Buat Pengeluaran Online RM500 Sebulan. Ini Caranya ]

1. Daftar Akaun

Mula-mula kita buka laman web MyEG.

Kalau nak guna perkhidmatan e-services / e-perkhidmatan, kita kena ada akaun dengan MyEG.

Jadi kalau belum ada akaun, boleh register macam biasa.

https://www.myeg.com.my/register

cara renew roadtax online

2. Login

Lepas dah register, login macam biasa.

cara renew roadtax online

3. Cara Renew Insurans Kenderaan Online

Untuk renew insurans, langkahnya seperti berikut:

  • Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Klik pada butang butang Perbaharui Auto Insuran

cara renew roadtax online

  • Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG contohnya AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.
  • Untuk teruskan, klik sahaja pada ikon syarikat yang anda pilih
  • Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
  • Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

4. Buat Bayaran & Muat Turun Resit Insurans Kenderaan

Selepas dah isi semua maklumat, harga penuh beserta semua caj yang terlibat akan dipaparkan.

Kalau dah setuju dan berpuas hati, terus proceed untuk buat bayaran.

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

5. Cara Renew Roadtax Online

Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah kita renew roadtax pula.

*NOTA: Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax. ( Insurans boleh ambil dengan ejen insurans. )

Ini cara renew roadtax online langkah demi langkah:

  • Login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan
  • Klik butang Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan.

  • Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
  • Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEG atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

*NOTA : Kalau pilih penghantaran roadtax nak dihantar ke alamat pilihan, ada caj penghantaran ya.

  • Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
  • Maklumat roadtax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

6. Buat Bayaran & Muat Turun Resit

Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.

Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.

Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit.

Selesai! Tunggu Roadtax Dihantar Ke Rumah Anda

Dan tunggu roadtax sampai ke alamat yang anda isikan dalam borang tadi.

MyEG akan hantar terus ke rumah macam dekat bawah ni.

Kita boleh print sendiri slip sementara jika perlu ke mana-mana dalam masa terdekat sebagai bukti yang kita dah renew roadtax dan insurans.

Mudah kan?

[ BACA JUGA : Tak Perlu Daftar i-Akaun, Ini Cara Mohon i-Lestari Online Dengan Lebih Cepat & Mudah ]

* Cara renew roadtax online ini dikongsikan oleh Che Nor Asma menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk melalui post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×