Kewangan

Cara Buat Pengeluaran ASB Online, Maksimum RM1000 Sebulan

9.9K
SHARES
had pengeluaran asb online

Untuk makluman, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan kenaikan had pengeluaran ASB online daripada RM500 kepada RM1000 sebulan.

Melalui pengeluaran ASB online, kita dah tak perlu lagi beratur di kaunter, kios atau pejabat pos jika nak keluarkan duit. Boleh buat online je!

Melalui kemudahan ini, wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Had Maksimum Pengeluaran ASB Online

Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.

Waktu Urus Niaga

Waktu urusniaga adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

• Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*

• Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)

Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Buat masa ini, kemudahan ini hanya ditawarkan menerusi portal myASNB.

Ia akan tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020.

Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

Berikut dikongsikan langkah-langkah pengeluaran ASB secara online:

Pengeluaran asb online

Bagi yang belum mempunyai akaun myASNB online, anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB.

Baca juga : Tak Payah Beratur Lagi Nak Semak Baki & Dividen. Ini Cara Daftar ASB Online

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Maklumat Lanjut

Memang memudahkan, bukan?

Bagus untuk kita ambil maklum, tapi pastikan ia tak menjadi alasan untuk kita culas untuk menabung ok!

Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASNB di : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×