Dapur

Cara Pilih Slice Cheese Di Pasaran, Nampak Sama Rupanya Ada Beza!

49
SHARES
slice cheese

Slice cheese merupakan antara makanan yang menjadi kegilaan anak-anak. Bukan sahaja apabila diletakkan bersama roti atau piza, bahkan ada juga yang lebih gemar untuk makan slice cheese itu dengan begitu sahaja. Namun, tahukah anda bahawa walaupun nampak sahaja sama rupa slice cheese ini namun kandungan bagi setiapnya adalah berbeza! Ada yang sesuai dan ada juga yang tidak sesuai dimakan terutamanya untuk anak kecil. Jadi, ini cara nak pilih slice cheese di pasaran supaya anda tahu yang mana tinggi proses atau tak.

Baca juga: Lepas Usia 2 Tahun Anak Minum Susu Segar, Dr Kongsi Khasiat Berbanding Susu Lain

CARA PILIH SLICE CHEESE DI PASARAN

Dulu saya tak tahu, saya makan slice cheese yang tinggi proses. Berkilat permukaan, lembut dan lembik je tekstur nya. Lepas mula belajar pasal makanan sihat, saya cuba makan yang natural, rupa dan tekstur tak serupa langsung pun sebenarnya.

Berbeza sangat tekstur slice cheese yang asli dengan yang tinggi proses. Yang asli lebih keras, mudah patah, dan agak kasar permukaan slice cheese. Macam mana nak cari? 3 syarat je dah cukup untuk kita kenalpasti sama ada cheese itu tinggi proses atau tidak.

1. Susu, garam, culture dan rennet

cara pilih slice cheese

– Cari cheese dengan 4 bahan ni sahaja.

– Biasanya dalam bentuk blok, tapi sekarang mudah jugak nak jumpa dalam bentuk slice dan grated.

2. Rennet tumbuhan dan microbial

– Rennet adalah bahan yang digunakan untuk tukarkan susu kepada pepejal cheese.

– Elak cheese dari rennet haiwan, biasanya datang dari perut anak lembu, kambing dan biri-biri yang mana kita tidak tahu cara sembelihan mereka. Dan boleh jadi juga datang dari khinzir.

– Belek tanda halal jika rennet microbial digunakan, kerana ada juga yang dibuat dari sumber haiwan.

3. E code dan bahan tambahan lain

– Elak cheese yang ada banyak label E code, pengawet, pewarna tambahan, dan sebagainya. Cheese hanya perlukan 4 bahan utama sahaja. Cheese dengan bahan ramuan yang lebih banyak, bermakna ia makin tinggi diproses.

Pasteurized cow’s milk, salt, lactic culture, microbial rennet. 4 bahan je kan slice cheese ni?

Ramai suka bagi cheese untuk anak kan. Kita cuba cari pilihan yang lebih baik terutama untuk anak-anak kecil yang baru nak kenal makanan.

Yang ini banyak pulak bahan tambahan dengan E code, pewarna tambahan, pengawet lagi.

Ini slice cheese yang kurang sesuai untuk anak-anak makan. Banyak sangat bahan-bahan yang tak sepatutnya ada.

Taknak tengok brand itu, brand ini k. Walaupun saya kongsi brand Arla dan Emborg antara pilihan yang baik, masih ada juga cheese Arla dan Emborg yang tak berapa okay bahannya. Belek ingredients, hanya dengan baca ingredients saja kita boleh tahu cheese itu baik atau tidak untuk keluarga. Boleh ya, sama-sama kita cuba.

Ini sama je brand slice cheese dengan yang okay kat atas tadi, tapi yang ini banyak pulak bahannya.Choose wisely okay, untuk anak-anak kecil kita terutamanya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×