Sihat

Cara Pilih Buah Lemon Yang Betul Bila Anak Batuk Kahak, Seminggu Sakit Dah Hilang

27
SHARES

Khasiat lemon bukan untuk kuruskan badan sahaja, ada banyak lagi kebaikan lemon yang lain yang bagus untuk kesihatan. Lemon memang popular dalam kalangan ramai. Ada yang guna hanya sebagai penambah perisa dalam makanan dan ada juga yang mengoptimumkan khasiat lemon untuk kesihatan fizikal dan mental.

Lemon sangat kaya dengan vitamin C, serat serta pelbagai sebatian tumbuhan yang bermanfaat. Anak-anak yang banyak kahak boleh juga gunakan lemon ini sebagai ubat tanpa perlu membeli ubat cairkan kahak. Ikut artikel ini.

Baca juga: Ketahui 4 Jenis Bantuan Kecemasan Untuk Mangsa Lemas, Ikut Keupayaan Diri!

Cari lemon bila anak batuk kahak lebih seminggu tak baik-baik lagi. Lemon bantu cairkan kahak anak.

Dalam lemon ada kandungan citric acid yang tinggi. Ini yang buatkan kahak anak mudah mencair.

Perah setengah biji air lemon, larutkan dalam air suam 1 cawan. Kalau campur madu lagi baik.

Bagi anak minum, paling kurang sekali sehari.

Anak yang tengah asthma, minum 2 kali sehari.

Lemon hanya untuk anak batuk kahak, umur setahun dan ke atas. Lemon jugak, tinggi dengan vitamin C. Bantu kuatkan imuniti anak, lawan jangkitan kuman yang sebabkan batuk berkahak.

Korang cuba okey. Kita ikhtiar sampai anak sembuh, insyaAllah. Usaha dari kita itu perlu, yang sembuhkan itu Allah.

CARA TEPAT MEMILIH LEMON YANG SEGAR

1. Mengetahui aroma kesegaran pada lemon

Sebelum membelinya, anda perlu mengetahui aroma kesegarannya. Cium aroma lemon dengan segar. Hindari membeli lemon yang beraroma seperti masam.

2. Memastikan warna buah lemonnya

Carilah lemon yang berukuran kecil berwarna kuning cerah dan tidak layu. Sebab buah lemon yang sudah matang memiliki ciri khas warna yang berbeza, iaitu kuning muda.

3. Memegang tekstur kulit buahnya

Pilihlah lemon yang memiliki kualiti yang bagus. Sebaiknya lihat pada bahagian permukaan luar kulitnya. Lemon yang sudah lama akan terasa lembik dan sangat kasar masa disentuh.

Membeli lemon dengan permukaan kulit halus dapat mengetahui lemon dalam kualiti baik dan segar. Lemon dengan tekstur seperti itu akan memiliki kadar air yang lebih banyak.

4. Perhatikan seluruh bahagian buahnya

Lemon dapat digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan pelbagai minuman segar. Akan tetapi, sebelum membelinya anda harus memerhatikan seluruh bahagian buahnya.

Langkah ini untuk mengetahui apakah terdapat bintik-bintik coklat atau hitam di permukaan kulitnya. Jika ada, bermakna lemon tersebut sudah hampir busuk. Maka hindari membeli lemon yang berwarna kekuningan kusam dan berbintik.

5. Lihatlah bahagian pangkal buah lemon

Jika anda menemukan lemon yang mula busuk, maka isinya buah akan berkerut. Lihatlah bahagian pangkal buahnya. Pastikan bahagian hujung buahnya keras. Itu bermakna lemon tersebut masih segar.

Ketika memilih lemon, anda harus memegang buah dan menentukan beratnya. Semakin berat buah dan tipis kulit lemon, maka memiliki banyak kandungan air di dalamnya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan, Popmama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×