Hebahan

Cara Mendaftar Prasekolah Secara Online Bagi Sesi 2018 Seluruh Negeri

29.4K
SHARES

Untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh membuat pendaftaran prasekolah 2018 secara online atau secara manual melalui prasekolah yang dipilih.

Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak berusia sekitar 4-5 tahun bolehlah bersiap-sedia dan mula melihat pilihan prasekolah yang ada di sekitar sebelum membuat pendaftaran.

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah

Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:

  • Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
  • Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2012 – 15 Januari 2014

Tempoh Permohonan Prasekolah 2018

1. Secara Atas Talian

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017

2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017

pendaftaran prasekolah 2018

Foto Kredit: Amin Farij Hassan, Kosmo.com.my

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Online

Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Isi Borang Online

Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.

2. Cetak Borang Permohonan

Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.

Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.

3. Semak Status Permohonan

Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.

slide1

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2018 Secara Manual

1. Ambil Borang

Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.

2. Lengkapkan Borang

Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.

3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan

Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×