Sesetengah golongan millenial menggunakan kad kredit tanpa mengetahui fungsi dan kegunaan sebenar kad kredit. Oleh sebab itu, ia boleh membuatkan seseorang itu boros dan terlebih belanja. Jadi, lelaki ini kongsi 7 perkara mengenai kad kredit supaya menggunakannya dengan bijak.
“Siapa ada kad kredit kena tahu benda-benda asas macam ini. Sedikit ilmu tetang kad kredit yang perlu kita tahu. Semoga bermanfaat.”
1.CREDIT LIMIT
Credit limit kita akan bergantung pada gaji kita pada waktu mohon dulu. Jadi janganlah cakap bank A boleh bagi sikit, tetapi bank B bagi banyak. Sebab ianya bukan salah bank. Ada juga orang yang sudah mohon pada satu bank lepas itu dia juga mohon dengan bank kedua. Tapi marah bila dapat credit limit tidak sama dengan bank pertama yang dia mohon. Mestilah tidak sama, sebab bank pertama yang dia mohon waktu itu belum ada kad lain lagi sebagai tanggungan.
Tapi jangan risau, credit limit ialah satu benda yang kita boleh kasi naik dengan hantar payslips terkini dan buat sahaja permohonan credit limit increase. Setiap 3 bulan sekali boleh mohon. Lagi satu, kalau ada dua kad kredit dibawah satu bank. Limit kad kredit itu boleh main swap-swap ikut kita suka. Contoh kita ada dua kad dengan limit 10K. Maka boleh sahaja kita mohon swap untuk jadikan ia 7K-3K, 6K-4K dan sebagainya.
Credit limit decrease pun boleh juga. Aku pernah juga ada client yang request untuk turunkan limit. Yang ini mudah. Tidak perlu bagi payslips pun, hanya perlu beritahu sebab seperti mahu kawal penggunaan dan kurangkan penggunaan kredit kad. Lagi satu, jangan sangka kad yang lebih grand macam signature, limit lebih tinggi dari kad biasa seperti gold. Sebab ada banyak juga orang kad biasa tapi limit ratus ribu. Jadi jenis kad tidak menggambarkan limit dalam itu tinggi atau rendah. Tetapi kau perlu tahu, kad-kad yang grand perlukan gaji minima yang tinggi untuk mohon. Jadi biasanya memang akan dimiliki oleh orang yang banyak duit sahaja la.
2.SUP CARD
Syarat untuk buat sup card mudah sahaja. Biasanya bank tidak lihat ccris untuk bagi approval sup card. Yang penting orang yang dinamakan ialah ahli keluarga terdekat. Contoh, bagi pada isteri atau anak-anak. Biasa orang mohon sup card untuk isteri bagi tujuan kegunaan waktu kecemasan, kalau untuk anak pula biasanya kalau anak itu belajar di luar negara. Senang kalau ada apa-apa boleh swipe kad kredit dulu. Tapi had umur minima untuk dinamakan mesti 18 tahun dan keatas sahaja.
Ada bank dia boleh benarkan kita set limit maxima yang boleh digunakan oleh pemegang sup card. Ini dulu. Tetapi majoriti bank sekarang sudah tidak boleh set. Maksudnya, automatik kalau limit kredit kad itu 10K maka isteri dan anak boleh habiskan dalam satu hari juga tanpa sekatan. Begitulah. Ada client aku sampai 6 sup card pun wujud. Setiap seorang anak dia dapat satu. Dasyat.
3.CASH BACK VS POINTS CARD
Lepas ini kalau nak ambil kad kredit, pastikan kita tahu kita nak ambil cash back punya atau points punya. Kalau kau tanya aku, mesti aku lebih suka cash back. Sebab dia akan bagi kita discount dalam setiap pembelian kita. Terus ditolak dari jumlah hutang kad kredit. Jimat la kiranya nanti. Cuma kena juga tahu, cash back yang diberi pun ada had limit. Biasanya satu kad sebulan RM 50 sahaja.
Berbeza pula dengan points card. Sebab kerja kau setiap kali beli barang ialah untuk kumpul points. Tetapi aku nak bagi tahu realiti yang berlaku ialah sangat sedikit orang yang datang bank pergi claim points untuk ditukar dengan pilihan hadiah yang wujud dalam katalog. Mungkin sibuk sangat sampai lupa nak claim. Rugilah.
Yang terbaik, mungkin kau boleh pastikan kau ada satu points card dan satu lagi cash back card. Cuba manfaatkan semua kebaikan yang ada terutama promo discount yang diberikan. Sebab lain jenis kad lain promo dia. Biasanya promo akan dihantar melalui email.
Oh lagi satu, cash back juga sangat bagus kalau kau ambil untuk isi minyak kereta. Maklumlah harga minyak kan mahal. Jadi setidaknya kalau ada cash back kad kredit kita dapat discount lagi dalam bayaran petrol.
4.INTEREST KAD KREDIT
Ramai yang terperangkap bila mereka ada kad kredit tetapi buat bayaran minimum payment. Sebab mereka akan dikenakan caj. Mahal. Jadi, jika kita menggunakan kredit kad pastikan kita ialah pengguna yang bijak yang tidak mahu bayar interest satu sen pun pada pihak bank.
Caranya, selesaikan terus hutang kegunaan kad kredit bulan berkenaan sebelum tarikh due. Jadi kau kena ambil tahu bila statement keluar dan bila pula due. Sebab lain kad lain statement punya tarikh. Dia ikut bila kad itu kau aktifkan sebenarnya.
Tetapi kalau kau nak tukar statement punya tarikh pun boleh. Hubungi sahaja khidmat pelanggan bank berkenaan, dan mohon untuk penukaran tarikh. Biasanya orang bagi alasan sebab mahu pastikan lepas gaji keluar. Jadi senang untuk buat bayaran sebelum due.
Dengan memahami konsep bayar penuh sebelum due date kau boleh la hijack points atau cash back. Mana tidaknya, kau guna tetap guna kredit kad berkenaan baik untuk kumpul points atau cash back. Tetapi kau settlekan balik hutang kau sebelum statement keluar. Pendek kata kau akan dapat wang dan points free!
5.KAD TIDAK AKTIF
Ada juga orang yang ada banyak kad kredit tetapi tidak diaktifkan. Biasanya bank akan auto terminate sahaja jika tidak diaktifkan 6 bulan dari tarikh penerimaan kad kredit. Jadi jika ada kad kredit tetapi tidak diaktifkan lebih 6 bulan. Buang sahaja, kerana ia sudah tidak berguna, tetapi guntinglah dulu ya.
Paling penting kena tahu ialah, jika kad sudah diaktifkan maka kita perlu bersedia dengan annual fee. Masih banyak kad kredit yang caj tahunan yang agak tinggi hingga RM 600 setahun. Tetapi ini boleh minta waiver.
Sesetengah bank akan bagi auto waiver jika kad kredit berkenaan digunakan minimum satu bulan satu kali. Jadi, bagi pemilik kad kredit sila pastikan anda tahu berapa caj tahunan dan apa yang perlu dilakukan untuk dapatkan waiver. Kalau kredit kad anda ‘free for life’ bermaksud memang tiada caj tahunan langsung, maka ini ialah lebih baik.
Lagi satu, caj tahunan ini juga akan dikenakan pada sup card. Biasanya pada separuh harga dari apa yang dikenakan pada principal kad atau pemegang utama. Bila tahu macam ini, lebih baik jangan buat sup card banyak-banyak.
6.BALANCE TRANSFER DAN BALANCE CONVERT
Rupanya ramai tidak tahu kad kredit rupanya boleh pindahkan baki yang boleh digunakan untuk tujuan bayaran hutang kad kredit dari bank yang lain. Biasanya lebih murah caj berbanding terus bayar cara biasa pada kad kredit yang berhutang. Jadi orang biasanya buat BT untuk kurangkan caj yang dikenakan pada kad kredit yang lagi satu.
Manakala bagi balance convert pula ialah ibarat kita tukarkan segala hutang dalam kad kredit kepada bayaran bulanan. Contoh hutang shopping dekat mall pada hari ini RM 10K. Maka kita convert pada 10 kali bayar. Sebulan bayar RM 1K. Ini ialah untuk jimat dari caj yang lebih mahal jika tidak lakukan convert.
7.CASH INSTALMENT
Ini popular. Biasanya kalau anda terima panggilan dari bank. Ini ialah antara tawaran yang paling menarik bagi pengguna kad kredit. Dalam bahasa mudahnya ia umpama personal loan. Tetapi kita buat loan atas limit kredit yang ada sahaja.
Tetapi jangan keliru dengan lagi satu iaitu cash out atau pengeluaran terus tunai dari mesin ATM. Ini sangat-sangat tidak digalakkan. Kebiasaanya limit setiap pengeluaran RM 500 dan setiap transaksi akan dicaj RM 50. Belum lagi dengan caj lain. Jadi jangan keluarkan cash dari ATM guna kredit kad ya. Tidak berbaloi langsung.
Berbalik semula pada cash instalment tadi. Ia juga ada baiknya berbanding personal loan sebab rate yang ditawarkan jauh lebih murah. 2% pun ada. Berbanding personal loan yang belas-belas peratus. Lain bank lain tawaran dan lain daya penariknya. Yang pasti ianya ialah pinjaman wang yang perlu dibayar kembali.
Sumber: Najmi Nawawi