Dapur

Cara Paling Mudah Masak & Balut Ketupat Palas Untuk ‘Beginner’

1.7K
SHARES

“Asyik makan ketupat nasi je, nak cuba buat ketupat palas pula lah raya ni…”

Ketupat palas merupakan juadah ketupat yang popular di negeri sebelah utara Malaysia. Berbeza sedikit cara penyediaan dan bahan-bahan seperti ketupat nasi atau nasi impit, ketupat palas menggunakan beras pulut dan rasanya lebih manis dan sedap. Jadi, untuk anda yang masih baru dalam penyediaan dan cara memasak ketupat palas ini, jom cuba cara mudah seperti gambar di bawah.

CARA SEDIAKAN KETUPAT PALAS

Step 1:

Mesti prepare bahan-bahan nak memasak. Bahan-bahannya adalah:

1.   Beras Pulut Susu (1 Kg)

2.   Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)

3.   Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)

4.   Daun Pandan (3 helai dikoyak dan disimpul siap2)

5.   Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)

Step 2:

Beras pulut perlu dibasuh dulu dan direndam semalaman .

Step 3:

Mula memasak, panaskan api sederhana. Dan masukkan pulut yang direndam semalaman bersama semua bahan2 di atas.

Santan dan air sampai paras pulut sahaja.

Step 4:

Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan santan dah sebati dengan pulut. Kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak sekata. Api pun kena jaga juga ye.

Tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat.

PROSES MEMBALUT KETUPAT PALAS

Step 1:

Bukakan dulu daun palas yang kita balut sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar).Step balut sama macam balut untuk lentur daun.

Buat bentuk kon dan bucunya lipat sikit sebab tak nak pulut kita keluar bila rebus.

Step 2:

Masukkan pulut dalam kon daun tu, bagi kejap (padat).

Step 3:

Terus balut daun macam dalam gambar di bawah.

Siap!

Sumber : Mama Papa Rea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×