Dapur

7 Menu ‘Rare’ Untuk Open House Ini Mesti Akan Buat Para Tetamu Tak Nak Balik

1.3K
SHARES

“Aku nak masak apa la untuk open house ni. Nanti sama pula menu dengan rumah lain, nak yang rare sikit…”

Dah 5 buah rumah terbuka kita pergi sempena menyambut Syawal, semua masak menu yang sama. Tuan rumah pun dah tak ada idea juadah unik apa yang boleh dimasak untuk dihidangkan kepada para tetamu. Jika anda mahukan juadah rumah terbuka and alain dari yang lain, jom kita cuba 7 jenis idea menu menarik ini.

1. Pulut kuning

Mana ada orang buat pulut kuning masa open house? Boleh sebenarnya kalau anda mahukan kelainan daripada asyik masak menu yang sama sahaja. Apabila anda menyediakan juadah rare seperti pulut kuning dimakan bersama ikan masin goreng, rasanya orang yang datang ke rumah anda pun akan melompat kegembiraan tengok juadah tersebut.

2. Sup tulang

Sup tulang mungkin mudah untuk didapati semasa bulan Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Namun, jarang untuk kita mendapati juadah sup tulang ketika open house kan? Untuk anda yang mempunyai bajet yang lebih besar sempena jamuan hari raya, boleh cuba hidangkan sup tulang ini bersama bihun atau nasi putih. Mesti sedap!

3. Roti canai

“Roti canai boleh dapat dekat restoran mamak saja”… Apa salahnya kalau kita sediakan menu roti canai sempena open house Hari Raya. Juadah yang sukar didapati ketika musim perayaan ini pastinya dapat membangkitkan selera tetamu yang hadir di rumah anda. Maklumlah, dah puas makan ketupat nak juga merasa makan makanan lain kan?

4. Nasi minyak

Nasi minyak juga merupakan juadah yang jarang didapati ketika musim perayaan. Orang cakap nasi minyak hanya sesuai untuk dihidangkan ketika kenduri-kendara sahaja. Namun, juadah nasi minyak yang boleh digandingkan dengan ayam masak merah dan acar buah ini pastinya akan menambat selera para tetamu yang hadir.

5. Nasi kerabu

Jika anda inginkan menu open house yang luar biasa, anda boleh hidangkan nasi kerabu buat tetamu yang hadir. Memang agak rumit untuk sediakan nasi kerabu tetapi menu ini pasti akan menggembirakan hati para tetamu. Tambah pula bagi tetamu yang jarang makan nasi kerabu, masa inilah untuk anda tunjukkan ‘skill’ memasak.

6. Char koey teow

Mungkin juadah ini sudah menjadi kebiasaan bagi anda yang berada di utara tanah air tetapi bagi anda yang berada di sebelah selatan pastinya akan menanggap juadah ini agak ‘rare’. Tidak terlalu berat dan terlalu kenyang, char koey teow boleh dijadikan menu untuk open house anda.

7. Laksa siam

Asyik masak laksa biasa sahaja apa kata untuk open house kali ini, anda masak pula laksa siam. Berbeza dari segi tekstur dan rasanya, laksa siam ini lebih lemak dan pekat berbanding laksa biasa. Pastinya tetamu yang hadir ke rumah akan menyukai juadah unik yang anda sediakan ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×