Dapur

Cara Nak Buat Bubble Pearl Secara Homemade Yang ‘Confirm’ Bersih Dan Halal

454
SHARES

Setiap kali nak minum minuman yang ada bubble pearl, mesti nak kena beli di luar kan? Kini, anda tidak perlu lagi untuk beli di luar kerana dah boleh buat sendiri di rumah. Kebetulan kita masih berada dalam bulan Ramadan, apa kata kita cuba buat bubble pearl untuk hidangan minuman semasa berbuka puasa. Barulah ada kelainan!

Cara-Cara Nak Buat Bubble Pearl Secara Homemade

Halal, bersih dan lebih puas makan dan yang penting sedap ditambah-tambah nilai kasih sayang. Resepi saya ambil dari majalah yang telah saya olah sendiri baru menjadi. Rugi siapa tak cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. 2 cawan tepung pulut

2.2 sudu besar tepung ubi

3.Secubit garam

4.1 sudu teh esen vanila

5.Perwarna hitam secukupnya…sikit je tau

6.Sedikit air untuk menguli

7.Gula 3 sudu besar untuk merebus pearl

CARANYA MUDAH SAHAJA

Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit-sedikit sampai adunan tak melekat ditangan gentel kecil-kecil sehingga siap.

Rebus dengan air gula sampai masak.

Siap! Boleh diletakkan di dalam minum tidak kira apa jenis sekalipun. Selamat mencuba.

Sumber : Suzi Yante Md Hane

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×