Kewangan

Cara Mudah Tukar Duit Syiling Terkumpul Guna Mesin, Duit Terus Masuk Akan Bank!

377
SHARES

Ada banyak duit syiling dalam simpana tetapi tak tahu nak tukar duit tu dekat mana? Jangan risau, senang sahaja sebenarnya. Anda tak perlu susah-susah kira sendiri duit syiling itu sebab sekarang ini anda boleh tukar duit tersebut di mesin deposit syiling yang terdapat di bank-bank seluruh negara. Tetapi tidak semua cawangan bank ada mesin ini tau!

Seorang pengguna Twitter, ManessQoo ada berkongsi cara mudah untuk menukar duit syiling menggunakan mesin deposit syiling. Apa yang lebih menariknya ialah duit syiling tersebut boleh terus di depositkan ke dalam akaun bank anda. Memang mudah.

CARA TUKAR DUIT SYILING TERKUMPUL

Kira guna mesin deposit duit syiling

Mesin ini berfungsi untuk mengasingkan setiap duit syiling. Mesin ini hanya menerima syiling yang bernilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen iaitu duit syiling dari negara Malaysia sahaja dan bukannya dari negara lain.

Ikut arahan seperti yang diminta

Selepas itu korang perlu tekan butang A untuk mula. Kemudian, masukkan duit syiling tersebut pada bahagian bawah mesin. Mesin akan mengira keseluruhan jumlah duit syiling yang dimasukkan pada ketika itu.

Isi borang dan pergi ke kaunter

Seterusnya, anda juga perlu memeriksa pada bahagian bawah mesin tersebut kerana duit syiling yang tidak diterima atau di reject oleh mesin akan dimasukkan ke bahagian tersebut. Setelah selesai transaksi, anda perlu tekan butang B untuk mengeluarkan dua helai resit dimana sehelai untuk disimpan dan sehelai lagi perlu diberikan kepada pihak bank.

Akhir sekali, hanya perlu isi borang dan serahkan di kaunter bank tersebut. Selamat mencuba!

Sumber: ManeesQoo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×