Rakyat

Cara Mudah & Laju Buang Air Banjir Dalam Rumah. Guna 4 Alat Sahaja!

190
SHARES

Apabila banjir sudah mulai surut, antara aktiviti mencabar perlu dilakukan ialah membersihkan kawasan yang terjejas dan kotor akibat ditenggalami air. Bukan sahaja memenatkan malah pasti hati juga turut bersedih melihat barangan keperluan musnah dan rosak serta ada juga yang dihanyutkan banjir.

Bagi memudahkan aktiviti mencuci rumah, seorang pemuda dikenali Mohd Razak Razali berkongsi satu kaedah yang dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk memudahkan urusan mencuci rumah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Selamatkan Barang Elektrik Selepas Banjir

CARA MUDAH & LAJU BUANG AIR BANJIR DALAM RUMAH

Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah. 

Bahan-bahan diperlukan: 

1. Baldi yang ditebuk lubang pada lantainya. Ikut saiz paip.

2. Getah paip atau poli pipe.

3. Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahgian bawah ikut saiz paip.

4. Kerusi 2 buah.

Cara-caranya: 

– Masukan hujung paip dari bawah baldi. Terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip.

– Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.

– Kemudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yang duduk dalam baldi tadi. Tadaaa. Air ikut getah terus keluar. Tak perlu angkut keluar.

– Pastikan terus kocak air dalam rumah supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi. Tengok gambar boleh faham. Semoga dipermudahkan.

Sumber: Facebook Mohd Razak Razali 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×