“Ustaz cakap alang-alang nanti nak bangun sahur apa salahnya bangun solat tahajud 2 rakaat juga. Tapi, malasnya alahai badan ni nak bangun awal sikit….”
Bulan yang barakah ini bukan sahaja mengajar erti sabar dalam keadaan lapar serta dahaga malah ramai yang menjadikannya bulan untuk melakukan pelbagai amal kebaikan. Salah satu amalan yang mungkin ramai dalam kalangan anda tidak sedar adalah solat tahajud. Ramai ustaz menggalakkan orang ramai untuk bangun solat tahajud dahulu sebelum bersahur untuk memperoleh keberkatan dan pahala berganda. Namun, amalan ini adalah amat sukar sekali untuk dilakukan. Kenapa?

Foto Kredit: islamic-kn.blogspot.my
9 Cara Mudah Bangun Tahajud & Sahur
Dengan 9 tips yang dikongsikan di bawah ini, diharap anda dapat bangun melakukan solat malam dengan lebih mudah.
1. Tidur Sekejap Pada Waktu Siang
Bagi yang bekerja, digalakkan tidur sekejap sebelum atau selepas zuhur. Pejamkan mata 15-20 minit ketika waktu rehat tengahari.

Foto Kredit: michaelhyatt.com
2. Tidur Awal Pada Waktu Malam
Masuk tidur lebih awal daripada biasa. Sebaiknya selepas solat isyak atau sebelum pukul 10 malam.
3. Menjaga Pemakanan
Elak makan dan minum dengan banyak kerana apabila kenyang, sukar untuk bangun malam. Makanlah daripada sumber yang berkhasiat dan kurang berlemak kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan badan anda.

Foto Kredit: imgarcade.com
4. Amalan Sebelum Tidur
Amalkan baca Mathurat sebelum tidur. Selain menjadi pendinding diri, ia juga membantu memudahkan bangun di tengah malam. Selain itu bacakan doa sebelum tidur.
5. Pasang Niat
Niatkan dalam hati untuk bangun mengerjakan solat malam. Mohon kepada Allah supaya tidur menjadi kerehatan buat kita sehingga berdaya bangun untuk menunaikan solat tahajud.

Foto Kredit: theguardian.com
6. Posisi Tidur
Amalkan posisi tidur secara mengiring ke kanan.

Foto Kredit: turntoislam.com
7. Wuduk Sebelum Tidur
Cuba amalkan tidur dalam keadaan berwuduk.

Foto Kredit: hamilton.edu
8. Kuatkan Azam
Tekadkan diri untuk memperoleh pahala dan kelebihan mengerjakan solat malam.

Foto Kredit: cnn.com
9. Sentiasa Muhasabah Diri
Jauhkan diri daripada melakukan dosa dan maksiat kerana ia boleh jadi penghalang untuk mudah bangun di tengah malam. Kerap muhasabah diri jika tidak mampu bangkit di tengah malam

Foto Kredit: nev.it
Selamat beribadah!