Kewangan

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online Bermula Disember 2020

824
SHARES

Antara perkara yang dibincangkan pasca pembentangan Bajet 2021 adalah pengeluaran KWSP daripada akaun 1. Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa pengeluaran i-Sinar telah diperluaskan kepada semua ahli KWSP yang melibatkan lebih 8 juta ahli.

Kerajaan telah mengumumkan medium pengeluaran akaun 1 kwsp adalah melalui sistem online yang dipanggil i-Sinar. Jadi, buat anda yang layak dalam syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran i-Sinar, permohonan i- sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/

LANGKAH-LANGKAH MEMOHON i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

Kerajaan dah umumkan boleh keluarkan akaun 1 KWSP anda. Ni step by step macam mana cara nak mohon. Yang tiada i-Akaun pun boleh buat melalui online sahaja.

Pencarum Tanpa i-Akaun

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun:

1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP (akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat).

2. Sila klik PERMOHONAN BAHARU.

3. Isikan nombor MyKad.

4. Umur mesti bawah 55 tahun semasa permohonan.

5. Isikan Nombor Telefon Bimbit, Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar dan Negeri.

6. Pilih Amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

7. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

8. Pilihan Bank. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

9. Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

10. Muat turun Dokumen Bukti Pendapat Terjejas.

11. Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

12. Klik HANTAR.

Pencarum Yang Mempunyai i-Akaun

Berikut adalah cara buat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun:

1. Pergi ke website tersebut dan log masuk i-Akaun: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik PENGELUARAN.

3. Klik PERMOHONAN BAHARU.

4. Pilih i-SINAR.

5. Baca syarat & terma. Kemudian klik OK.

6. Klik SETERUSNYA.

7. Pilih amaun yang diperlukan (maksimum RM10,000 mengikut syarat).

8. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank yang anda gunakan.

9. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa).

10. Pastikan akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-Sinar masuk tanpa sebarang masalah.

11. Sila buat semakan Butiran Maklumat.

12. Muat turun Dokumen Bukti Sokongan Pendapatan Terjejas.

13. Sila sahkan bahagian Pengesahan Permohonan.

14. Klik SETUJU. Klik permohonan TAC kemudian masukkan nombor TAC yang anda terima melalui SMS.

15. Klik HANTAR.

*Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×