Dapur

Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker, Tetap Gebu & Lembut Kejadiannya

1.3K
SHARES

Sudah masuk hari kelima kita berpuasa dalam bulan Ramadan, mesti pelbagai resepi telah dicuba oleh anda di rumah kan? Untuk anda yang sudah bosan dengan juadah nasi, apa kata kali ini tukar pula menu utama dengan juadah pulut. Tak perlu tunggu majlis keramaian atau kenduri sahaja untuk menjamah pulut kuning ini, untuk berbuka puasa pun boleh.

Paling penting sekali adalah, resepi masak pulut kuning kali ini lebih mudah kerana anda hanya perlu guna rice cooker sahaja. Untuk anda yang tiada periuk pengukus pun boleh cuba. Memang gebu dan lembut kejadian pulut ini!

Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker

Bahan-bahan:

-Beras pulut

-Kunyit

-Garam

-Gula

-Minyak masa

-Santan

-Daun pandan

Cara-cara

1.Basuh 300g beras pulut & toskan air.

2.Masukkan 1 sudu kecik serbuk kunyit, 1/2 sudu kecik garam, 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan minyak masak.

3.Masukkan air sehingga paras pulut. Potong daun pandan & masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut.

4.Masak menggunakan rice cooker. Macam masak nasi tu. Selepas 10 minit akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut tu.

5.Kemudian, masukkan santan daripada 1/2 biji kelapa (anggaran 200ml-250ml) sambil dikacau sehingga sebati.

6.Apabila pulut nampak agak basah, berhenti masukkan santan dan tak perlu habiskan semua santan tu. Biarkan 5 minit supaya pulut menyerap santan.

7.Switch on rice cooker lagi sekali. Tekan warm sahaja. Biarkan pulut masak & berkilat lebih kurang 10 minit. Siap! Bolehlah hidang bersama kari ayam atau sambal tumis.

*Selamt mencuba!

Sumber: Nazra Queen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×