Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Sembarangan Bakar Al-Quran Rosak, Ada Cara Pelupusan Yang Dianjurkan Dalam Islam

AL-QURAN ROSAK

Apabila al-Quran rosak, umat Islam tidak boleh membuangnya sesuka hati seperti bahan bacaan biasa kerana setiap helaian musha tetap membawa kehormatan yang perlu dijaga.

Oleh itu proses pelupusan al-Quran rosak memerlukan adab, kaedah khusus serta pengendalian yang tertib agar kalam Allah terus dipelihara meskipun dalam keadaan tidak sempurna.

Baca juga: Ibu-Ibu Jangan Biarkan Anak Nampak Aurat Di Rumah, Dalam Islam Ada Jelaskan Sebabnya….

AL-QURAN ROSAK JANGAN MAIN BUANG, INI CARA BETUL NAK LUPUSKAN

AL-QURAN ROSAK

Hal ini berpandukan dengan apa yang dilakukan oleh Saidina Uthman bin ‘Affan R.A ketika proses pengumpulan al-Quran bahawa dia telah memerintahkan untuk mengumpul Mushaf yang dimansukhkan dan membakarnya bertujuan menjaga kesucian al-Quran.

Imam Khatib al-Syirbini mengatakan bahawa makruh membakar al-Quran tanpa tujuan melainkan tujuan untuk menjaga kesuciannya.

وَيُكْرَهُ إحْرَاقُ خَشَبٍ نُقِشَ بِالْقُرْآنِ إلَّا إنْ قُصِدَ بِهِ صِيَانَةُ الْقُرْآنِ فَلَا يُكْرَهُ كَمَا يُؤْخَذُ مِنْ كَلَامِ ابْنِ عَبْدِ السَّلَامِ وَعَلَيْهِ يُحْمَلُ تَحْرِيقُ عُثْمَانَ – رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ – الْمَصَاحِفَ

Maksudnya: “Dan makruh membakar kayu yang diukir padanya al-Quran melainkan dengan tujuan penyelenggaraan al-Quran, maka tidak makruh ini seperti yang diambil daripada pendapat Ibn Abd al-Salam berdasarkan perbuatan ‘Uthman R.A yang membakar mushaf.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/152)

Mengenai sisa abu selepas proses pembakaran, ia perlu dikutip dengan cermat dan dipindahkan ke lokasi yang terpelihara. Kebiasaannya, abu tersebut ditanam di kawasan yang bersih serta tidak menjadi laluan manusia bagi mengelakkan kemungkinan dipijak.

Ada juga pusat pelupusan yang memilih untuk melepaskan abu itu ke laut atau sungai yang mengalir supaya ia kembali ke alam secara terhormat. Langkah ini diambil bagi memastikan kesucian ayat-ayat al-Quran terus dipelihara dan tidak terdedah kepada perkara yang boleh menjatuhkan martabatnya.

Kerja-kerja melupuskan al-Quran bukan tugasan biasa. Mereka yang mengendalikannya digalakkan:

– Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendak­lah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

– Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan di kumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

AL-QURAN ROSAK

– Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

– Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

Dapat disimpukan, al-Quran rosak atau tidak lagi boleh digunakan sebaiknya dilupuskan melalui proses pembakaran di kawasan yang terjaga kebersihannya.

Setelah ia hangus sepenuhnya, abu tersebut perlu dikumpulkan dan dialirkan ke laut atau sungai yang sentiasa mengalir. Jika tidak, abu itu boleh juga ditanam di tempat sunyi yang tidak menjadi laluan manusia agar terhindar daripada sebarang kemungkinan dipijak.

Dalam masa yang sama, individu yang mengendalikan proses pelupusan digalakkan menjaga adab, antaranya berada dalam keadaan berwuduk, bersih daripada hadas, serta memuliakan setiap helaian yang diuruskan dengan penuh tertib.

Baca juga: Doa Sebelum Anak Pergi Sekolah, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini Jadi Pelindung Diri Sepanjang Hari…

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×