Didik

Ada Impian Nak Jadi Cikgu? Ini 9 Pilihan ‘Laluan’ Kena Tempuh Supaya Berjaya!

14
SHARES
cara jadi cikgu

Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru merupakan antara impian ramai pelajar. Mana tidaknya, berbakti untuk mendidik anak bangsa ini merupakan tugas yang mulia dan ramai akan cari cara jadi cikgu ini sebelum tamat belajar di peringkat sekolah lagi.

Oleh itu, berikut merupakan 9 laluan untuk menjadi seorang guru yang mak ayah boleh terangkan kepada anak-anak. Nak galas tanggungjawab untuk didik anak-anak bangsa bukan perkara mudah ya!

Baca juga: Cara Buat Semakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Secara Online

CARA JADI CIKGU IKUT 9 LALUAN INI

cara jadi cikgu

Laluan 1

SPM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH: Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (5A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Laluan 2

SPM-STPM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH: Pelajar lepasan STPM yang lulus dengan PNGK 3.5, boleh mohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Laluan 3

SPM-STAM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH: Pelajar lepasan STAM yang lulus dengan gred Jayyid Jiddan, boleh mohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Laluan 4

SPM-MATRIKULASI-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH: Pelajar lepasan Matrikulasi yang lulus dengan PNGK 3.5, boleh mohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Laluan 5

SPM-MATRIKULASI-UNIVERSITI-GURU SEKOLAH MENENGAH: Selepas menamatkan pengajian, lepasan matrikulasi boleh mohon universiti yang menawarkan program pendidikan.

Laluan 6

SPM-STPM-UNIVERSITI-GURU SEKOLAH MENENGAH: Guru-guru yang dahulunya pelajar lepasan STPM, berpeluang menjadi guru yang mengajar subjek-subjek sekolah menengah seperti Biologi, Kimia, Fizik, Perdgangan dan Ekonomi.

Laluan 7

SPM-DIPLOMA-IJAZAH-GURU SEKOLAH MENENGAH: Mengambil program Diploma yang menawarkan program pendidikan, dan kemudian sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perguruan yang ditawarkan oleh pihak universiti.

Laluan 8

IJAZAH-DPLI-GURU SEKOLAH MENENGAH: Laluan untuk mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda, tetapi bukan dalam bidang perguruan. Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dilaksanakan di universiti.

Laluan 9

IJAZAH-JQAF-GURU JQAF SEKOLAH RENDAH: Laluan untuk mereka yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan. Sebaik selesai program JQAF, akan terus ditempatkan di sekolah rendah sebagai Guru JQAF.

cara jadi cikgu

*Selamat berjaya!

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

Sumber: Cikgu Mohd Zaki Ali

Foto: Kosmo 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×