Famili

Petua Berkesan Hilangkan Batuk Bayi Dengan Buah Delima

10.6K
SHARES

“Dah berminggu-minggu batuk. Doktor kata bayi bawah 2 tahun tak ada ubat. Tapi, risau juga. Apa cara hilangkan batuk anak secara semulajadi ya?”

Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Seperti yang kita tahu, ubat batuk dan selsema tidak sesuai untuk bayi yang berusia 2 tahun ke bawah, kecuali dengan alasan kesihatan tertentu.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Oleh itu, kita boleh melakukan beberapa cara semulajadi seperti rehat yang mencukupi selain mengambil beberapa lagi makanan tambahan yang berkhasiat.

Di sini kami kongsikan cara hilangkan batuk oleh Puan Farhany dengan menggunakan buah delima. Menurutnya, ia amat berkesan untuk anaknya dan berkesan dalam 2-3 hari!

Mari ikuti perkongsiannya.

Khasiat Buah Delima

Baru teringat nak share, memandangkan Salsabila tiba-tiba batuk tempoh hari, kami pun risau jika ia berpanjangan. Bukan apa, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman dekat paru-paru. Nauzubillahiminzalik.

Saya pernah baca kalau nak hilangkan batuk boleh guna madu. Memang ramai kata bagus guna madu. Tapi, bayi bawah 2 tahun tak digalakkan lagi makan madu kerana risiko keracunan spora.

Jadi, saya pun cuba cari alternatif lain. Cari punya cari, saya terjumpa satu blog yang mencadangkan untuk menggunakan delima sebagai pengganti madu. Menurut pembacaan saya, sedikit sebanyak fungsinya mirip macam madu iaitu bersifat panas dan tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus.

Khasiat Buah Delima Merah, Untuk Ibu Mengandung

Foto Kredit: momsavenues.com

Cara Hilangkan Batuk Dengan Buah Delima

Ini cara yang saya lakukan, mudah saja.

1. Kupas

Mula-mula, ambil berapa ulas yang anda suka.

Saya ambil sedikit, boleh buat minum sekali saja.

petua-batuk-delima

2. Picitkan Jusnya

Buangkan biji dan picit-picitkan buah delima agar jusnya dikeluarkan.

petua-batuk-delima-2

3. Gunakan Syringe

Beginilah jusnya. Nak senang kita gunakan syringe saja. Lagipun memang anak saya, Salsabila suka sangat sedut air guna syringe.

petua-batuk-delima-3

4. Amalkan Sehari Sekali

Bagi minum sehari sekali pun dah cukup. Tapi anak saya memang suka makan buah, jadi bagi lebih sedikit pun tak mengapa.

cara hilangkan batuk

Alhamdulillah, Berkesan!

Alhamdulillah batuk dia berkurang dengan delima ini. 2-3 hari hari baru perasan yang batuk dah tak ada langsung.

Oh ya, tindak balas jus delima ini menjadikan hingus cair keluar. Jadi, hingus sentiasa meleleh. Kena sedut selalulah lendir kahaknya. Ada juga yang keluar melalui najis bayi. Ini kesan yang saya nampak pada anak saya, Salsabila.

Apa pun, kalau makin teruk silalah rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Selamat mencuba!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Farhany tentang cara hilangkan batuk dengan buah delima melalui Facebooknya ini diterbitkan semula dengan kebenarannya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×