40 Minggu

Wanita Timang Anak Sulung Ketika Suami Usia 80 Tahun, Netizen Minta Kongsi Tips!

45
SHARES
anak sulung

Setiap pasangan yang sudah berkahwin terutama sekali dalam jangka masa yang lama, pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri. Mungkin ada yang cakap kalau usia semakin lanjut, makin susah untuk dapat anak sulung dan seterusnya.

Namun, tidak seperti apa yang dikongsikan oleh Puan Zaleha di laman Tiktoknya apabila mereka dikurniakan rezeki kelahiran cahaya mata sulung pada usia lanjut. Paling mengejutkan adalah suaminya berusia 80 tahun!

Baca juga: Wanita Menyesal Awal Kahwin Cakap Tak Nak Anak, Sudahnya Sampai Sekarang Belum Mengandung…

BAPA DIKURNIAKAN ANAK SULUNG PADA USIA 80 TAHUN, TAHNIAH!

anak sulung

Menerusi perkongsian isteri, Zaleha, 42, bayi perempuan berkenaan adalah anak sulung beliau dan suami sekali gus mengakhiri penantian pasangan itu selepas usia 10 tahun berumah tangga. Besarnya kekuasan Allah SWT apabila mereka dikurniakan zuriat ketika usia suami atau ayah kepada bayi ialah 80 tahun.

Bayi tersebut dilahirkan dengan sihat pada tangga 31 Mei 2024, Jumaat pada jam 9.30 malam. Ramai dalam kalangan warganet turut meninggalkan komen membina pada laman Tiktok milik si ibu dan ada juga berkongsikan pengalaman bersalin pada usia 40 tahun ke atas.

Mula melayari bahtera perkahwinan keduanya ini bersama Pak Yob pada tahun 2024, ternyata jarak usia 38 tahun tidak menjadi halangan buat mereka menganyam kebahagiaan dan membina keluarga sendiri.Warganet teruja dengan perkongsian video berkenaan tidak henti mengucapkan tahniah buat Zaleha dan suami sementelah lelaki itu yang mencecah usia emas.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar si kecil membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, pasangan yang tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang ini mendapat persoalan ramai mengenai tips kesihatan dan kesuburan yang diamalkan oleh Puan Zaleha dan Pak Yob.

“Pakcik pun nampak sihat lagi. Tentu menjaga pemakanan. Orang dulu-dulu banyak petua dan menjaga kesihatan.”

“Subhanallah. Umur 80 tidak nampak seperti 80. Kelihatan seperti 60an sahaja dan sihat. Alhamdulillah rezeki pakcik dan isteri mendapat zuriat.

anak sulung

*Perkongsian wanita ini menjadi pemangkin semangat buat pasangan di luar sana yang sudah lama menanti kehadiran zuriat tidak mengira usia. InsyaAllah akan dikurniakan rezeki tersebut apabila anda sudah bersedia pada waktu terbaik!

@ummimakhapakyobKurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan

♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

Sumber: Tiktok @ummimakhapakyob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×