Sihat

Patutlah Nyamuk Suka, Rupanya Anda Ada 6 Ciri Ini!

99
SHARES
cara halau nyamuk

“Ish kenapa nyamuk ni suka sangat aku? Orang lain tak gigit pulak…”

Mesti anda pernah tertanyakan soalan yang sama bukan? Setiap kali berada di rumah atau di mana-mana sahaja, pasti akan ada sahaja nyamuk yang ‘mendekati’ dan menggigit. Tapi dekat orang lain tak ada pula begitu. Rupa-rupanya anda tergolong dalam 6 kriteria ini yang menyebabkan nyamuk suka dengan anda!

Baca juga: Patutlah Otak Lembab, Rupa-Rupanya Dinding Berkulat Puncanya…

NYAMUK SUKA GIGIT SIAPA?

Kadang kadang kita pelik, mengapa sesetengah individu lebih banyak digigit nyamuk berbanding individu lain. Rupanya ia berpunca dari faktor jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh seseorang individu.

Wanita hamil dan individu bertubuh besar, obes akan menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida, sebab itu mereka membunyai risiko sehingga 2 kali ganda untuk digigit nyamuk. Bukan sebab nyamuk suka mereka sebab banyak darah.

Seperti yang dinyatakan, nyamuk lebih cenderung untuk ‘menggigit’:

1.Individu yang bertubuh besar.

2.Wanita hamil

3.Individu kuat berpeluh

4.Berdarah O

5.Memakai pakaian gelap

6. Individu yang sedang bersenam

PETUA HALAU NYAMUK BANYAK DALAM RUMAH

1.Serai

Cara-cara, isikan beberapa batang tangkai serai yang fresh ke dalam sebuah bekas. Letakkan bekas tersebut di bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk. Selain itu, ia berkesan untuk membunuh larva nyamuk atau jentik-jentik yang baru membiak.

2.Daun teh

Cara-cara: Rendam beberapa helai daun teh di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur. Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan sembur mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

3.Daun pudina

Cara-caranya, rendam beberapa helai daun pudina di dalam air dan titiskan sedikit minyak biji anggur. Biarkan selama sejam. Isi rendaman tersebut ke dalam bekas penyembur dan spray mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

4.Vanilla

Cara-caranya, Isi beberapa helai daun vanilla yang kering di dalam sebuah bekas dan letakkan ia di mana-mana bahagian rumah yang menjadi tumpuan nyamuk.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×