Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang masih menyimpan gambar negatif filem yang mempunyai seribu satu memori bukan? Maklumlah kalau zaman dahulu, negatif filem ini perlu dibawa ke kedai gambar untuk dicuci supaya menjadi sekeping gambar yang baharu. Bila dah terlampau banyak negatif filem yang tidak sempat dicuci dulu, sekarang dah ada cara edit gambar atau ‘cuci’ negatif filem ini hanya dengan guna telefon bimbit sahaja.
Jom kita tengok cara yang dikongsikan di Twitter supaya anda dapat edit sendiri gambar negatif filem hanya dengan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar. Senang je!
Baca juga: Cara Buat Sticker Sendiri Di Whatsapp, Tak Payah Guna Aplikasi Lain!
CARA EDIT GAMBAR NEGATIF FILEM GUNA PHONE
Pernah tak bila tengah kemas rumah terjumpa negatif filem gambar daripada camera lama dulu dulu? Banyak memories kan! Selalunya pergi hantar cuci gambar tu kat kedai kan, sebenarnya korang boleh buat sendiri je.
1) Install dulu apps PicsArt & Remini

Picsart.

Remini.
2) Snap gambar negatif filem tu & buka PicsArt
Pilih Effects > Colors > Negative
3) Korang crop ikut kesesuaian dekat ‘TOOLS’ before korang save gambar tu
So, gambar tu dah ada colour kan tapi still tak sharp & colour pun macam hijau kuning macam tu. Okay next step adalah untuk cantikkan lagi gambar tu.
4) Bukak apps Remini tadi & tekan ‘ENHANCE’
5) Pilih gambar tadi tu & tekan icon ‘tick’ color merah kat bawah.
Korang akan nampak perbezaan sebelum & selepas enhance tu. Memang jauh lagi sharp macam gambar baru.
6) Untuk cantikkan colour gambar tu pulak, pegi balik dekat ‘HOME’ & tekan icon ‘MORE’ & pilih ‘COLORIZE’
7) Tekan icon ‘tick’ colour merah untuk colourkan gambar tu.
Ha barulah clear kan! Even tak cantik sangat pun, tapi puas hati lah nak tengok gambar yang lama lama tu.
Selamat mencuba!
Sumber: Twitter @arinasofeaaa